Ini Cara Masak Kerang Dengan Betul, Tak Perlu Pun Rebus Sampai 15 Minit, 5 Minit Je Sebenarnya Untuk Dapatkan Isi Yang Manis

Kerang kalau dah mula makan, memang susah sikit nak berhenti sebab bila dapat yang sedap. Tangan tidak akan berhenti kupas dan makan.  Jadi buat korang yang minat kerang, ada beberapa cara yang boleh korang cuba masa rebus kerang untuk nampakkan kerang lebih segar dan tak terlebih masak.

Pertama sekali kena cuci kerang sebaik mungkin. Selepas dah cuci bersih kerang, korang boleh rebus macam biasa. Cumanya sebelum masukkan kerang tu letak sikit garam sebagai penambah rasa. Sebelum masukkan kerang juga, korang pastikan air rebusan mendidih dulu. Kalau korang masuk kerang masa air tengah sejuk, proses air untuk mendidih akan jadi lebih lama.

Kerang tu tidak perlu rebus lama. Tiga minit pun dah cukup untuk masak isi kerang. Sebab tu penting untuk korang pastikan air rebusan tu betul betul mendidih sebelum masuk kerang. Lepas 1-2 minit, bilas kerang dengan air sejuk untuk elakkan isi kerang overcooked disebabkan haba yang terperangkap dalam cengkerang.

Masa kupas kerang korang boleh buang sebelah je kulit kerang untuk nampakkan kerang lagi menarik untuk dimakan. Cara ini juga boleh mengelakkan isi kerang daripada hancur. Tips: Kalau nak lagi sedap letak serai dalam rebusan. Supaya aroma dan rasa akan masuk dalam kerang Senang saja kan? Paling penting pastikan kulit kerang dah bersih tau.

kredit gegar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*