Ini Caranya Tamadun Islam Gunakan Muzik Untuk Rawat Masalah Mental Dan Tekanan Hidup

Sejak zaman Yunani lagi, masalah kesihatan mental sudah wujud dan ia boleh mengganggu emosi dan perasaan seseorang. Malah, sejarah dan tamadun Islam juga terbukti bahawa masalah kesihatan mental berlaku ketika itu.

Tahukah anda? Tamadun Islam mempunyai kaedahnya tersendiri untuk merawat pesakit mental seperti menggunakan ubat-ubatan daripada herba dan rempah-ratus.

Namun, terapi muzik juga digunakan pada era itu bagi merawat pesakit mental tetapi tamadun Islam bukan pengasas utama bagi menerapkan terapi muzik dalam merawat kesihatan mental. Menurut kajian ke atas teks perubatan Yunani, muzik disarankan supaya menjadi elemen teraputik terhadap jasad dan jiwa manusia.

Mengikut konteks tamadun Islam, Ibn Sina mengatakan bahawa satu daripada kaedah paling efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Ia sekali gus menunjukkan muzik boleh menjadi terapi dalam rawatan penyakit sehingga memberi kesan kepada penyembuhan penyakit.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*