Connect with us

Islamik

Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid

Published

on

Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid

Sejak penularan meluas COVID-19 di seluruh Malaysia, semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan.

Hasil perbincangan antara mufti-mufti dan pakar kesihatan, ahli agama mengambil keputusan untuk menghentikan solat Jumaat di semua masjid di seluruh negara.

Justeru, hal ini menimbulkan tanda tanya bagi sebahagian netizen yang keliru sama ada mereka termasuk dalam golongan diancam amaran jika meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut ataupun terkecuali dari golongan tersebut.

Berikut merupakan soalan netizen dan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan bagi isu ini.

Soalan :

Assalamu’alaikum ustaz, sekiranya ditakdirkan Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melibatkan larangan menghadiri solat Jumaat dan solat berjemaah sekarang ini akan dipanjangkan tempohnya, adakah saya termasuk dalam amaran yang terdapat dalam hadis berkenaan mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut itu ? Mohon penjelasan.

Jawapan :

Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Menghadiri solat Jumaat merupakan salah satu tuntutan syarak kepada setiap lelaki beragama Islam yang mukallaf. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Surah Al-Jumu‘ah (9)

Maka dapat difahami bahawa menghadiri dan mendirikan kewajipan solat Jumaat merupakan ciri seorang mukmin yang mendahulukan tanggungjawab seorang hamba kepada Allah S.W.T mengatasi sebarang kepentingan duniawi seperti berjual beli pada masa tersebut.

Diberi keringanan dengan keuzuran

Meskipun begitu, tuntutan menghadiri solat Jumaat secara berjemaah ini diberikan keringanan kepada mereka yang mempunyai keuzuran yang diambil kira di sisi syarak untuk tidak menghadirinya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

Riwayat Ibn Majah (793)

Menurut hadis di atas, secara asasnya seseorang itu dituntut untuk menghadiri solat berjemaah sekiranya dia mendengar panggilan azan. Meskipun begitu, jika ada keuzuran tertentu maka dia diberi pengecualian untuk hadir menyahut seruan tersebut.

Maksud keuzuran

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain, para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran ? Maka Rasulullah S.A.W. menjawab :

خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya : Perasaan takut ataupun sakit.

Riwayat Abu Daud (551)

Maka jelas daripada hadis di atas bahawa perasaan takut atau sakit termasuk dalam kategori uzur yang membolehkan seseorang itu untuk tidak hadir ke masjid bagi solat berjamaah.

Kemudian para fuqaha memperincikan lagi akan tahap ketakutan yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat berjemaah dan juga solat Jumaat. Ini seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ali al-Qaradaghi seperti berikut :

‘’Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh perasaan takut dijangkiti virus tersebut.’’

Beliau juga menyebut bahawa keharusan tersebut perlulah disyaratkan dari sudut ketakutan penyebaran itu benar-benar yakin berlaku dan bukanlah pada sangkaan semata-mata. Rujuk https://bit.ly/2WvN367

Justeru, bertitik tolak dari nasihat dan pandangan pakar yang berautoriti berkenaan cepatnya Covid-19 ini merebak, maka dikeluarkan arahan supaya segala aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dihentikan sementara waktu. Maka ketidakhadiran umat Islam ke masjid pada tempoh ini merupakan suatu keuzuran yang diambil kira di sisi syarak iaitu wujudnya perasaan takut akan jangkitan virus ini.

Hukum tinggalkan tiga kali berturut-turut

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa memang benar terdapatnya ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara berturut-turut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu al-Ja’d al-Dhamri (sebahagian menyatakan Al-Dhumairi) R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya.

Riwayat Abu Daud (1052)

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Jabir bin Abdillah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang dharurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.

Riwayat Al-Nasa’ie (1370)

Kedua riwayat hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita ancaman dan amaran yang terdapat di dalam hadis tersebut terikat dengan keadaan meninggalkan solat Jumaat kerana mengambil enteng, meremehkan ia, serta meninggalkan perlaksanaannya tanpa sebarang dharurat.

Syeikh Badruddin al-‘Aini dalam syarahan beliau terhadap hadis riwayat Abu Daud di atas berkata :

‘’Bab ini menjelaskan tentang kerasnya ancaman bagi perbuatan meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran’’. Beliau menambah, perkataan تهاونا بها membawa masud : ‘’(Meninggalkannya) kerana malas serta culas dalam melakukannya’’. Rujuk Syarah Abi Daud, Badr al-Din al-‘Aini (4/371).

Manakala Mulla ‘Ali al-Qari ketika mengulas hadis tersebut menukilkan kata-kata Al-Thibi yang menyebut : ‘’(Iaitu meninggalkannya dengan tujuan menghina)’’. Kemudian dinukilkan pendapat ulama lain yang menyebut : ‘’Meninggalkannya kerana mengambil mudah’’. Rujuk Mirqaat al-Mafatih, Mulla ‘Ali al-Qari (3/1024).

Ancaman buat mereka yang tiada keuzuran

Maka jelas kepada kita bahawa ancaman yang dimaksudkan di dalam hadis di atas merupakan ke atas mereka yang meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan di sisi syarak. Manakala mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan ada keuzuran, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman tersebut. Sebaliknya, diberikan ganjaran sama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W :

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat.

Riwayat Al-Bukhari (2996)

Penjelasan panjang lebar berkenaan hal ini boleh dirujuk kepada Al-Kafi #1661: Ganjaran Solat Berjemaah Di Rumah Jika Meninggalkan Perlaksanaannya Di Masjid Disebabkan Keuzuran.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan yang dikemukakan di atas, maka kami berpendapat sekiranya tempoh kawalan pergerakan ini mengambil masa yang lama sehingga membawa kepada terlepasnya perlaksanaan solat Jumaat sebanyak tiga kali, mengambil kira faktor takut merebaknya Covid-19 dengan lebih meluas, maka mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan keuzuran ini tidak termasuk di dalam ancaman yang terdapat di dalam hadis-hadis tersebut. Wallahu A’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Trending