Inilah 10 Kebaikan Isteri Yang Jarang Dihargai Oleh Suami

Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak sekali kebaikan isteri terhadap suami. Dialah orang yang selalu mendampingi kita baik dikala suka mahupun duka. Dialah teman sejati yang tidak pernah meninggalkan kita di saat kita miskin. Cuba kita renungkan 10 kebaikan isteri yang selama ini kita tidak sedari. Inilah kebaikan-kebaikannya kepada kita sebagai suami.

1. Menyediakan Sarapan di Pagi Hari

Pagi hari sebelum azan subuh berkumandang, isterimu dengan tergopoh-gopoh menyiapkan rumusan masakan untuk menu sarapan pagi. Mungkin di masa yang sama kamu sedang enak-enakan tidur terlelap.

2. Menuangkan Air Minum Apabila Makan

Setiap kali suami makan, isterimu selalu menyiapkan segelas air minum dan menuangkannya jika kosong. Sementara si suami dengan lahapnya terus menyantap makanan tanpa memperdulikan gelas kosong milik isteri.

3. Mengelap Sisa Makanan yang Tertinggal di Pipi dan Bibir

Betapa hebat perhatiannya kepada suami sampai hal terkecil saja isteri lakukan contohnya mengelap sisa makanan yang melekat di bibir. Jangankan mengelap sisa makanan di bibir isteri, menanyakan apakah isteri sudah makan pun mungkin suami jarang lakukan selepas berkahwin.

4. Menyelesaikan Pekerjaan Rumah Tangga

Rumah bersih dan rapi terasa nyaman berkat isteri yang tulus melakukan pekerjaan rumah tangga. Sementara suami kadang-kadang acuh tak acuh terhadap kerja rumah tangga.

5. Membangunkan Suami Apabila Terlena

Terlena kerana lelah bekerja biasa terjadi pada si suami. Namun, bukan bererti isteri membiarkan suami semasa tidur melewati waktu solat. Isteri yang solehah adalah isteri yang membangunkan suami yang tertidur semasa azan berkumandang.

6. Menyediakan Pakaian Untuk Ganti Baju

Ingatlah saat-saat masa bujang, mencuci baju sendiri, menyerika sendiri, tidur pun sendiri. Namun, sekarang kamu telah mempunyai isteri yang baik hati yang menyediakan pakaian saat ganti baju.

7. Menyambut Suami Apabila Pulang Dari Kerja

Rasa lelah bekerja terhapuskan saat si isteri telah berpakaian rapi menyambut suami yang baru sahaja pulang bekerja.

8. Menjemurkan Tuala Suami Sehabis Mandi

Tabiat buruk para suami adalah lupa menjemur tuala sehabis mandi. Nasib baik si isteri baik hati menjemurkan tuala basah sehabis suami mandi.

9. Melahirkan Si Buah Hati

Perjuangan si isteri sungguh luar biasa baik semasa mengandung dan semasa melahirkan. Bagaimana tidak? Pada masa awal-awal mengandung perut sering mual dan tidak nafsu makan. Hingga saat melahirkan merupakan titik perjuangan antara hidup dan mati. Oleh sebab itu, cintailah isterimu yang telah bersusah payah melahirkan si buah hati.

10. Mendidik dan Merawat Si Buah Hati

Kini si buah hati telah lahir sebagai pelengkap kebahagiaan kalian berdua. Dia adalah titipan dari Tuhan kepadamu agar kamu menyangi, merawat, mendidik, dan membesarkannya. Isterimulah yang paling berperanan membesarkan dan mendidik anak-anakmu. Maka cintailah dia hingga akhir hayatmu.

Sebenarnya masih banyak kebaikan-kebaikan isteri kepada suami. Mulai sekarang peliharalah kembali cinta dan kasih sayangmu kepada isterimu sebagaimana saat-saat romantis dulu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*