Connect with us

Islamik

Inilah 40 Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW.. Rugi Kalau Tak Baca!

Published

on

Kali ini pula mari kita berkongsi tentang 42 kelebihan memberikan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kita kerap diingati untuk memberikan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ini sebenarnya adalah perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu telah menjelaskan di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah tentang kelebihan kita umat Islam untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW itu mempunyai 42 kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

Apakah 42 kelebihan-kelebihan yang dimaksudkan itu apabila kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW? Mari kita fahami:

1.Kita melaksanakan perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.

  1. Kita turut sama berselawat sepertimana Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas Rasulullah SAW.
  2. Kita mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah SWT ke atas diri kita di atas setiap selawat yang kita diucapkan (selawat daripada Allah SWT bererti rahmat diiringi dengan selawat para malaikat).
  3. Kita dikurniakan oleh Allah SWT 10 darjat atas setiap satu-satu selawat.
  4. Kita dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.
  5. Allah SWT menghapuskan 10 kejahatan atas setiap selawat.
  6. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.
  7. Kita mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
  8. Kita mendapat keampunan Allah SWT dan akan ditutup segala keaiban.
  9. Allah SWT akan menutupi segala dukacita.
  10. Kita dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.
  11. Kita mendapat darjat al-sidq.
  12. Segala hajat kita akan ditunaikan.
  13. Kita selamat sejahtera pada hari kiamat.
  14. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas kita yang berselawat.
  15. Kita mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga.
  16. Kita akan berkeadaan selamat sejahtera daripada huru-hara hari kiamat.
  17. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang kita bacakan itu.
  18. Kita mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  19. Kita mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  20. Kita tidak akan merasai kefakiran.
  21. Kita terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  22. Kita mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah SAW.
  23. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
  24. Akan menjauhkan kita daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha.
  25. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  26. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
  27. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
  28. Kita disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  29. Kita mendapat keberkatan Allah SWT.
  30. Kita mendapat kesempurnaan iman.
  31. Kita timbul rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
  32. Kita mendapat hidayah daripada Allah SWT dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingatiNya.
  33. Setiap selawat yang dibacakan akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara langsung.
  34. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  35. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SAW ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.
  36. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah SWT.
  37. Kita mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.
  38. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah SWT ke atas Rasulullah SAW dan kepada diri kita sendiri.
  39. Di antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW dalam jiwanya.
  40. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

kredit: mystormreaders.wordpress.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Trending