Connect with us

Islamik

Inilah 7 Sebab Suami Benci Isteri. Mesti Baca dan Ambil Iktibar

Published

on

Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri.

Tips 7 ‘C’ sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri. Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”

Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.

5. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan tv.

Kesimpulan

7C ini merupakan sebahagian daripada lambang keperibadian muslimah yang lemah. Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini.

Yang penting, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Semoga memberi manfaat.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Trending