Connect with us

Petua Berguna

Inilah 8 Khasiat Pokok Lidah Buaya yang Orang Ramai Tidak Tahu!

Published

on

Aloe Vera atau lebih dikenali dengan nama Pokok Lidah Buaya. Ia lebih dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain. Terdapat pelbagai khasiat pokok lidah buaya kepada kesihatan. 8 khasiat pokok lidah buaya atau aloe vera seperti berikut :

1. Khasiat Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Pokok Lidah Buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan atau daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.

Ia banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbangkan kepada $13 Billion dalam harga pasaran.

Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.

“The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.”

2. Pokok Lidah Buaya MengandungI Antioksida Dan Antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel pokok lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.

Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam pokok lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

3. Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

Pokok lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.

Khasiat pokok lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pokok lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan pembetukkan plak pada gigi.

Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari pokok lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.

Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.

Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida Albicans.

Menurut laman web Healthline.com, penggunaan pokok lidah buaya dipercayai telah digunakan pada zaman Mesir purba pada 6,000 tahun yang lalu.

5. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka. Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.

Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.

Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.

Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari pokok lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

6. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Pokok lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit. Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini. Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.

7. Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pokok lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan. Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.

Kajian yang lain pula mendapati bahawa pokok lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

Kadang-kala, pokok lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)

Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.

Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak pokok lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai khasiat pokok lidah buaya ini, terutama kepada kesihatan dan kecantikan.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silakah kongsikan artikel ini agar orang lain dapat tahu perkara ini juga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Published

on

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan. Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu? Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

kredit syok

Continue Reading

Petua Berguna

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Published

on

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.

  1. Bau Seperti Kotoran
    Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.
  2. Bau Hamis
    Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.
  3. Bau Seperti Mulut Kering
    Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
  4. Bau Busuk
    Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
  5. Bau Seperti Susu Lama
    Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.
  6. Bau Seperti Kapur Barus
    Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
  7. Bau Seperti Buah Pear
    Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Segera dapatkan pemeriksaan daripada yang pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda ya!

Continue Reading

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Continue Reading

Trending