Connect with us

Petua Berguna

Inilah Cara Yang Betul Untuk Membeli Kereta Terpakai. Mesti Baca!

Published

on

Isu yang cuba dibangkitkan ialah stigma masyarakat yang menganggap keputusan membeli kereta terpakai sebagai tidak berbaloi. Seringkali apabila kita terfikir dan menyuarakan hasrat mahu membeli kereta terpakai dengan alasan bajet atau mahu berjimat, ada saja pendapat yang meminta anda berfikir banyak kali.

Antara nasihat paling popular ialah; kos senggara (maintenance) tinggi, bahaya kalau terbeli kereta kemalangan, kereta cepat rosak (kena selalu baiki), faedah bank tinggi (kalau buat pinjaman) dan nampak lekeh bawa kereta terpakai kerana anda seorang eksekutif.

Tetapi, apakah mereka peduli tentang ansuran bulanan dan kos lain yang perlu anda tanggung sehingga 9 tahun (ikut tempoh pinjaman)? Apakah mereka yang memandu kereta anda? Apakah kereta anda akan kekal baharu selama setahun? Jawapannya, TIDAK. Anda juga yang menanggung segalanya.

Jika betul anda berhasrat mahu beli kereta terpakai, teruskan! Sekarang kami akan bantu anda memilih kereta terpakai yang berbaloi!

1. TETAPKAN BAJET

Anda perlu tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar atau menerawang jauh tanpa arah tujuan. Kalau bajet anda cuma Proton Saga, tidak perlulah membuang masa melihat senarai harga Porsche 911. Katakan bajet anda RM20K. Jangan pula bajet 20-30k, tapi survey bmw, honda city dan sebagainya. Buang masa. Survey dan cari kereta yang dibawah bajet anda ya.

2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA

Anda boleh google kalkulator online. Isi maklumat harga kereta (RM20K), bayaran muka (RM5K), kadar faedah (4%) dan tempoh pinjaman (48 bulan @ 4 tahun). Sekarang, total ansuran bulanan anda ialah RM338.68/bulan. Pastikan anda dapat kereta yang ansurannya tidak terlalu membebankan anda. Ingat, kereta hanya untuk membawa kita ke destinasi, bukan untuk bermegah-megah.

3. SURVEY ONLINE ATAU BUKA MAJALAH, JANGAN PERGI KEDAI KERETA!

Buat survei di laman web seperti Mudah atau Carlist, atau beli majalah seperti MotorTrader. Menerusi tetapan had bajet RM20K, anda secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.

Ingat, jangan terus pergi ke premis kereta terpakai untuk mengelak ‘dipukau’ jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Sedar tidak sedar bajet RM20K sudah bertambah jadi RM30K. Layari saja Internet. Lebih selamat dan selesa.

4. HADKAN TAHUN PENGELUARAN 5 TAHUN KE BAWAH

Memang banyak pilihan kereta dengan bajet RM20K. Anda mungkin rambang mata. Tetapi jika anda mencari kereta yang kurang ragam, mungkin anda perlu kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun. Ini cuma opsyen. Sebenarnya ada saja kereta berusia lebih 5 tahun dalam kondisi baik. Tetapi, anda sekarang sedang cuba mengurangkan risiko. Ambil contoh sekarang tahun 2017, cuba cari kereta yang berumur 5 tahun sebelum iaitu dalam lingkungan 2012. Umur kereta 5 tahun sebelum pun belum tentu ok kalau mileage melebihi yang sepatutnya. Anda kena bijak!

5. SEMAK PERBATUAN (MILEAGE)

Kereta yang jauh atau kerap berjalan, secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan (jauh berjalan), lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.

6. JANGAN CEPAT TERGODA DENGAN HARGA MURAH

Jangan cepat teruja jika ada kereta dijual sangat murah. Sesiapa pun mahu menjual kereta mereka pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu.

Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah disebabkan perkara berikut:

• Pernah kemalangan teruk

• Perbatuan terlalu tinggi

• Banyak kali bertukar pemilik (3-4 orang).

Kereta mungkin nampak cantik, tetapi ragam sebenar mula kelihatan selepas beberapa bulan memandu.

7. CARI PEMILIK SEBENAR

Inilah untungnya jika membuat survei online. Anda dapat mencari kereta yang dijual oleh pemilik terus (direct owner). Kenapa perlu pemilik terus? Ini kerana mereka tidak pandai menipu. Anda boleh cuba mengorek rahsia keretanya atau menyoal apa sahaja. Mana tahu pernah kemalangan? Bersembanglah dengan mesra mengenai kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya mengenai alat ganti yang pernah atau baru ditukar.

Harga pemilik sebenar mungkin sedikit mahal, tetapi masih ada ruang rundingan. Tambahan lagi jika anda datang dengan kuasa tunai. Ingat, cash is king!

8. MINTA JADUAL SERVIS

Pemilik yang menyimpan buku jadual servis, termasuk resit alat ganti atau baik pulih ialah mereka yang peduli tentang kereta. Ada pemilik yang menjadikan pusat servis sah sebagai bengkel rasmi dan ada yang sekadar menyenggara kereta di bengkel biasa. Terpulang kepada anda asalkan dia dapat berikan jadual rutin servis yang lengkap.

Maklumat servis sangat penting untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin?

9. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN

Anda perlu cerewet sedikit walaupun bukan kereta baharu. Lihat luaran dan dalaman kereta. Warna kereta mungkin pudar sedikit, tetapi janganlah teruk sangat dan ada kemek di sana sini. Kerusi biarlah bersih dan tiada kesan tompokan air tumpah merata-rata.

Jika ada, minta diskaun. Cucian dan gilap menelan belanja hingga RM200. Cat penuh seluruh badan kereta memerlukan RM1K – RM2K, manakala upah mengetuk badan kereta bermula serendah RM150 ke atas (ikut tahap kemek). Minta kurang harga jika pemilik tidak mahu betulkan.

10. PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN

Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:

• Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)

• Penyaman udara

• Hon

• Radio dan pemain cakera padat (CD)

• Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)

• Tuil atau penetap cermin sisi

• Suis tingkap kuasa

• Soket 2.4V / palam pencucuh rokok

• Tuil tangki minyak, bonet dan but

• Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar

• Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)

11. PERIKSA ENJIN

Jangan terus hidupkan enjin. Ada 2 peringkat perlu diperiksa.

Peringkat 1, buka bonet dan pastikan:

• Tiada kesan minyak bocor

• Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus

• Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosak

• Tiada bahan asing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.

• Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).

Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:

• Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).

• Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.

• Tekan minyak pada 3,000RPM, 4,000RPM dan 5,000RPM. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap RPM diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter RPM untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).

12. PANDU UJI

Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

• Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.

• Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.

• Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.

• Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.

• Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.

13. NEGO TILL LETGO

Kalau sudah puas hati, apa lagi. Rundinglah sampai jadi! Janganlah runding sampai harga tidak masuk akal. Nanti owner terus ‘ban’ anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Published

on

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan. Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu? Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

kredit syok

Continue Reading

Petua Berguna

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Published

on

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.

  1. Bau Seperti Kotoran
    Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.
  2. Bau Hamis
    Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.
  3. Bau Seperti Mulut Kering
    Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
  4. Bau Busuk
    Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
  5. Bau Seperti Susu Lama
    Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.
  6. Bau Seperti Kapur Barus
    Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
  7. Bau Seperti Buah Pear
    Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Segera dapatkan pemeriksaan daripada yang pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda ya!

Continue Reading

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Continue Reading

Trending