Inilah Caranya Mencari Kembali Rezeki Yang Hilang

Rutin harian biasa bagi rakyat Malaysia ketika pagi menjelang adalah bergegas ke tempat kerja untuk bekerja sehingga petang menjelang maka kerja selesai dan pulang ke rumah.

Mengharungi kesesakan lalu lintas, kesesakan dalam LRT, KTM. Berkejar-kejar kesana dan kemari untuk menguruskan kerja. Ketika malam menjelang badan akan menjadi letih terus merehatkan diri dan hari akan terbuang begitu saja. Begitulah sehari-hari kehidupan kebanyakan manusia. Sering kali juga kita mendengar rungutan sesetengah orang yang duit mereka tidak mencukupi pada setiap bulan.

Hutang pelajaran
Keperluan harian
Pengangkutan

Kesemua memerlukan duit, akibatnya manusia berkejar-kejar mencari duit. Tekanan gaya hidup pada masa ini menyebabkan banyak orang berasa tertekan dengan gaya hidup sekarang.rezeki, mencari rezeki yang hilang, punca rezeki hilang, punca disukarkan rezeki, tidak bersyukur

Apakah yang perlu anda lakukan. Semak semula sumber rezeki anda iaitu keberkatan rezeki yang anda peroleh. Pendapatan yang tinggi, elauan yang tinggi, jawatan yang tinggi tidak menjanjikan duit yang baik dan dapat memenuhi kesemua keperluan kita.

Sedarkah kita bahawa rezeki ke atas kita bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit,

Bos yang baik juga rezeki
Kawan yang baik juga rezeki
Anak yang baik juga rezeki
Tempat kerja yang selesa juga rezeki
Apa sahaja yang diberikan oleh Allah kepada kita merupakan rezeki.

Kadang,

Ada orang diberi harta yang banyak tapi tidak mempunyai anak-anak
Ada orang yang diberi rezeki kekayaan tapi kurang kasih sayang
Ada orang yang diberi makanan yang hebat tapi tidak diberi rezeki
Sebagai hamba Allah kita harus percaya kepada janji Allah kepada setiap hambaNya.

Setiap manusia telah ditetapkan rezeki masing- masing. Allah telah menjanjikan 4 jaminan rezeki kepada hambaNya:

Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. Hal ini, diterangkan dalam surah Hud ayat 6 yang membawa maksud dan tiadalah sesuatupun dari makhluk yang bergerak dimuka bumi ini melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan Rezeki yang diberikan oleh Allah mengikut kadar usahanya

Surah Al-Najm ayat 39 yang membawa maksud dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan

Rezeki yang Allah tambah sekiranya kita bersyukur

Surah Ibrahim ayat7 dimana menyatakan bahawa, sekiranya manusia bersyukur dengan apa yang diberikan kepadanya maka Allah akan tambahkan rezeki kepadanya

Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal

Dalam surah Al-Talaq ayat 2 dan ayat 3 ada menyatakan bahawa sesiapa yang bertakwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah , maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Rezeki yang berkat dapat dilihat melalui tanda-tanda pada diri kita sendiri. Pertama hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa tenang. Sentiasa syukur dengan apa yang diberikan oleh Allah jiwa sentiasa tenang kerana percaya bahawa rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Kita juga akan mudah memberi sedekah dan menunaikan zakat. Hal ini, kerana kita berasa gembira untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai kerana setiap rezeki yang Allah berikan juga terdapat rezeki orang lain. Keluarga yang harmoni dan anak-anak cemerlang juga akan terhasil melalui rezeki yang berkat kerana sumber yang kita berolehi diberkati oleh Allah. Kita juga akan sentiasa merasa cukup dan syukur atas segala kurniaan yang Allah berikan.

Oleh itu, sebagai hamba Allah yang percaya bahawa setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik kita hendaklah sentiasa berdoa semoga terhindar dari rezeki yang menjuruskan kita kepada kemungkaran Allah dan dikenakan azab yang pedih kelak.

Sekian, terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*