Inilah Gambaran Tentera Yakjuj dan Makjuj Yang Mustahil Dapat Diperangi!

[Gambar adalah sekadar hiasan berdasarkan ciri-ciri yakjud makjuj]

Mengikut Al-Quran dan hadis antara tanda besar kiamat adalah bila keluarnya kaum Yakjuj dan Makjuj. Dikatakan kaum ini akan memporak-perandakan bumi bila hari kiamat hampir tiba.

Apa yang menarik tentang Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka bukan sahaja disebut di dalam kitab Al-Quran dan hadis tetapi juga telah disebut di dalam kitab Yahudi dan juga Kitab Injil (juga dikenali sebagai Gog & Magog).

Dikatakan hidup pada zaman Nabi Musa as.

Mereka akan menghancurkan apa sahaja yang mereka lihat. Mereka akan membakar, memotong dan membunuh manusia selain mereka. Kerana sifat rakus dan ganas, mereka telah dikurung antara dua gunung oleh Raja yang Agung (Iskandar Zulkarnain) dan masih hidup sehingga hari ini. Apabila kiamat hampir tiba mereka akan dibenarkan keluar oleh Allah swt untuk memporak-perandakan bumi.

Ada yang menyebut kaum ini seperti raksasa yang pelik dan menakutkan tetapi mereka sebenarnya adalah manusia seperti kita. Nabi Muhammad saw pernah menceritakan paras rupa mereka. Yakjuj dan Makjuj merupakan dua kaum berlainan mempunyai mata sepet dengan bermuka bulat dan berbadan besar serta berambut kerinting. Mungkin boleh kita bayangkan rupa mereka seperti askar Uruk Hai & Orc dalam cerita The Lord of the the Ring.

Dikatakan Raja Zulkarnain memerlukan 70 orang jurubahasa untuk berkomunikasi dengan mereka. Disebabkan sifat mereka yang membahayakan kaum-kaum yang lain, Raja Zulkarnain telah mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj yang terletak di antara dua gunung dengan tembok yang diperbuat daripada tembaga bercampur besi sehingga hari kiamat barulah Allah swt akan melepaskan mereka.

Menurut Nabi Muhammad saw lagi, Yakjuj dan Makjuj setiap hari berusaha menggali tembok tersebut untuk keluar tetapi apabila mereka berehat daripada menggali, keesokkan paginya tembok tersebut akan berdiri dengan lebih kukuh lagi. Menurut pendapat sesetengah ulama, jumlah Yakjuj Makjuj ini sangat ramai. Jika dapat dihitung, sungai yang besar akan kering kontang sekiranya kaum ini meminum air sungai itu.

Setelah peperangan dengan Dajjal dan pengikutnya dalam hadis riwayat imam Muslim Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as, Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah hamba-hamba-Ku menuju Tur (satu gunung di Palestin). Disini boleh dikatakan tiada satu tentera dan umat manusia yang mampu melawan Yakjuj dan Makjuj melainkan kuasa Allah sahaja.

Sesetengah ulama berpendapat Tembok Zulkarnain ini terletak di persimpangan negeri Turki dengan Rusia, berdekatan dengan pergunungan Qauqaz. Pergunungan Qauqaz tingginya adalah sekitar 1000 – 3000 meter. Dinding ini dikenali sebagai Daryal Gorge, Iberian Gates, atau Caucasian Gates yang diperbuat daripada besi bercampur tembaga.

Ada juga yang berpendapat tembok tersebut berada di kawasan Daghestan, sebahagian daripada Rusia yang terletak di antara bandar Durband dan Khuzar. Ada satu tempat sempit sejak sekian lama yang dikenali dengan nama tembok dan dikenali dengan pintu besi. Ia merupakan gabungan pergunungan Qauqaz. Orang arab memanggilnya dengan Gunung Qaf.

Dr Abdul Halim Khidir menerangkan sifat pergunungan Qauqaz yang dibina padanya tembok. Ianya cukup tinggi, susah untuk didaki, dan tiada jalan kecuali tempat yang satu sahaja iaitu Mudhayyaq Daryal yang menjadi salah satu tempat laluan sungai. Panjang pergunungan tersebut sekitar 1200 Kilometer dan ia dianggap pergunungan yang paling tinggi di seluruh Eropah. Tidak mungkin seseorang dapat merentasinya kecuali melalui perjalanan Daryal itu.
Kredit: Amin Daniel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*