Connect with us

Islamik

Inilah Kesalahan Ketika Menjawab Salam. Ramai Orang Tidak Tahu!

Published

on

Salam ialah mengucap السلام عليكم.

Dalil firman Allah تعالى :

ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم

عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:

Orang yang memberi salam.
Orang yang diberi salam kepadanya
Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.
Syarat orang yang memberi salam

Islam dan mumayyiz.

Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.

Syarat orang yang menerima salam:

Islam, mumayyiz dan baligh.

Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.

Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.

Syarat bagi ucapan salam

Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.
Ucapan memberi salam

1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.

2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)

3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)

4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)

Ucapan menjawab salam

Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
وعليكم السلام
وعليك السلام
عليكم السلام
السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
سلام عليكم
Hukum memberi salam dan menjawabnya.

Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki

memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.

memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang. Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.
Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa

Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.
Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.
Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu

Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.
Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
sedang jimak.
sedang istinja.
sedang minum.
sedang makan.
sedang tidur.
sedang mengantuk.
sedang sujud.
sedang sembahyang.
10. azan.

11. ikamat.

12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:

Kanak-kanak kepada orang dewasa.

Orang sedikit terhadap orang yang banyak.

Orang yang dating terhadap orang yang duduk

Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم

BAGI masyarakat islam diluar sana mungkin suka memberi salam diatas satu pertemuan antara satu sama lain dan mungkin juga mengirim salam buat sahabat-sahabat yang tidak bersua muka. Disini malaysiaviralstory ingin sampaikan satu KESALAHAN ketika menjawab salam yang diterima.

CARA MENJAWAB, JIKA ORG BERKIRIM SALAM KPD KITA:

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: “Jef, Naz kirim salam”.

Akan dijawab,
“Yeke? WA’ALAIKUMUSSALAM”.

Nampak macam takde masalah kan? Tertanya-tanya juga apa masalahnya kan?
Jawapan : Yupp, memang ada masalah. Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya, ‘waalaikumussalam’
tapi…
“wa’alaika wa’alaihissalam”.

Kenapa perlu disebut seperti itu ?
Jawapan : Azuan suruh Ali kirim salam kat Ain Su. Ain Su jwb “wa’alaikumussalam”.

Sedangkan:-
“Wa’alaikumussalam= Selamat sejahtera ke atas KAMU.
Jadi, salam Azuan kepada Ain Su tidak terjawab kan?
Sbb Ain Su doakan salam itu kepada Ali.
SEDANGKAN ALI TU ORG TENGAH.

Manakala:-
Wa’alaika wa’alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.
Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

P/S : Semoga memberi manfaat buat anda di luar sana. Sebarkan Ilmu ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Syukur Alhamdulillah Bob Lokman Selamat

Published

on

Syukur Alhamdulillah Bob Lokman Selamat

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman selamat menjalani pembe dahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jan tungnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Menurut rakannya, Mohammad Abdullah, 58, keadaan Bob, 56, kini stabil dan dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU) hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, saya diberitahu oleh isterinya, Bob berada dalam keadaan stabil, mungkin sedikit lemah kesan bius.

“Selesai pembeda han pukul 2.30 petang semalam, beliau terus dimasukkan di CCU HSB untuk pemantauan,” katanya memetik laporan Utusan Online di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum pembeda han tersebut, Bob sempat memaklumkan bahawa beliau ingin berehat beberapa hari sebelum bertemu dengan pelawat.

“Dia kata nak rehat lima hari sebelum jumpa sesiapa,” katanya.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jan tung.

Menurutnya, Bob yang mempunyai masalah jan tung sejak 1998 dimasukkan ke HUSM setelah mengadu sa kit dada. – MalaysiaGazette

Ustaz Ebit Lew bersama Bob Lokman

Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Kubang Kerian Kelantan ziarah Bob Lokman. Saya balik petang ini. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembeda han jan tung esok.

Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya.

Bob Lokman menangis jer tadi.

Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat.

Continue Reading

Islamik

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Published

on

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Bismillah, Pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus mendapat liputan meluas media perdana dan dikongsi warganet di laman sosial. Apatah pmergiannya begitu baik sekali, meninggI pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan.

Sementara itu, seorang individu bernama Ustaz Halim Din telah menceritakan pengalaman luar biasa ketika menghadiri pengebvmian almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus. Berikut perkongsian beliau;

Belum Terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebvmian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi. Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi harini, bersaksi mata kepala sendiri.

Suasana redup dari awal pagi sehingga lah solat jnzah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jnzah Almarhum Ustaz Ismail Kamus. Semasa di tanah perkubvran pula, matahari mula memancarkan teriknya..sehinggalah van jnzah tiba.. kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jnzah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jnzah diturunkan ke Iiang Iahad dan kedengaran tukang gali kubvr meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi Iiang Iahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNYA bagi balasan kepada hamba2 yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNYA, berjuang diatas jalanNYA, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci..

Subhanallah.. tak henti2 mulut ini bertasbih memuji kebesaran sang pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaaaahuuakhbar!!

Berikut 10 mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus untuk pedoman semua. Dikumpulkan oleh : Zaim Zin.

  1. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, m4ti pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  2. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  3. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  4. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  5. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan ker3sahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  6. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  7. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”11) “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  8. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  9. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  10. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
Continue Reading

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Trending