Connect with us

Islamik

Inilah Misteri Kewujudan Makhluk Sebelum Nabi Adam. Adakah Ianya Benar?

Published

on

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as.

Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC.

Jika sekarang kita berada di tahun 2013, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia:

4000BC+2013AD=6013 tahun

Manakala, agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India.

Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan.

Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian.

Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat.

Begitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

‘Adam’ Sebelum Adam

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga.

Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja?

Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh.

Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi.

Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ekstrem.

Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229.

Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Zaman Dinosour?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu.

Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau.

Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu.

Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu.

Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?

Bagaimana pula dengan usia Bumi? Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini.

Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?

Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” Al-Baqarah 2: 30

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan.

Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam – Muhammad Isa Dawud

Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk “Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia” karya Muhammad Isa Dawud, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang).

Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka.

Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad Muhammad Isa Dawud, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat.

Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.

Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Masih lagi berpandukan pada hujah Muhammad Isa Dawud dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau.

Muhammad Isa Dawud menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat.

Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil.

Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam.

Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka.

Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh Muhammad Isa Dawud.

Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu ‘peninggalan’ dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai ‘jin’?.

Muhammad Isa Dawud mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh:

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

Penemuan Yang Mengejutkan

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adamRangka berusia 10,000 tahun – Young Hol Chan.

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak.

Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupa bumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6013 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini.

Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.

Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan.

Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi.

Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.

manusia sebelum adam, mahkluk dunia sebelum adam, dinosour, zaman batu, zaman dinosour, rangka purba, rangka makhluk sebelum adam

Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus.

Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

Bagaimana dengan Dinosaur? Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut.

Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini.

Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua.

Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi.

Waallahu a’lam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending