Connect with us

Islamik

Inilah Teguran Untuk Orang Yang Suka Tinggal Solat. Kongsi biar Semua Tahu

Published

on

Saya puji Allah, sebagai tuhan yang maha besar, maha agung, maha berkuasa, maha pencipta dan maha pengampun. Yang mana, pengampunan Allah bukanlah calang-calang pengampunan. Kalau kita, bila ada orang buat salah pada kita berkali-kali, kemudian dia minta maaf, kemudian dia buat balik dan minta maaf semula, rasa-rasanya kita nak maafkan ke dia? Kalaupun kita maafkan dia, kita still tak boleh lupakan salah dia pada kita, yang mana akhirnya bila bergaul dengan dia, kita akan rasa tak sedap hati.

Tapi pengampunan Allah bukan begitu!

Walaupun kita berkali-kali melakukan dosa banyak gila bapak, lepas tu kita kononya minta ampun, lepas tu kita ulang balik, kemudian buat balik, selagi kita minta ampun, selagi itulah Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, specialnya pengampunan Allah ialah:

“Allah maafkan segala salah kita dan melayan kita seolah-olah kita LANGSUNG TAK PERNAH melakukan dosa padaNya!!!!!”

Ya Allah, ya Allah. Tak tahu nak hurai macamana. Walaupun kita buat salah dan mungkir janji pada Allah, kita tipu Allah berkali-kali, selagi kita menangis meminta ampun pada Allah, Allah akan tersenyum kegembiraan, lantas mengampunkan kita.

Mana nak dapat tuhan yang begini baik? Mana nak dapat? Allahlah satu-satunya tuhan yang layak di sembah dan di puji. Hanya dia yang layak kerana dia memang layak! Tapi wahai kawan….

Tapi wahai kawan-kawan yang saya sayang sekalian….

Kenapa?

Kenapa kita seolah-olah langsung tak hargai nikmat ini? Kenapa kita susah sangat nak membalas jasa Allah setelah Allah berkali-kali menghulurkan kasih-sayangNya pada kita? Kenapa? Saya malas nak sentuh isu-isu lain pada kali ini. Saya nak sama-sama kita renungi, bagaimakah SOLAT kita. Kita mendabik dada mengatakan kita cinta Allah, kita semangat melaungkan nak pemerintahan yang adil, kita semangat berselewat pada nabi, NAMUN, perkara ASAS sebagai orang islam, kita abai.

Saya kira, saya tak perlu hurai betapa RAMAINYA orang yang tak solat. Betapa ramainya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Mungkin mereka benci Allah, mereka rasa Allah ni tak layak di hargai. Hidup dia hanya fikirkan cinta orang ini, cinta orang itu, putus cinta sini sana, pergi wayang, main game macam apa, dengar lagu-lagu yang berunsur haram(Baca di SINI) sehingga HATI MATI, dan langsung kita tak Nampak Allah dalam kehidupan kita. Seolah-olah, tuhan kita adalah nafsu. Apa yang kita nak jawab pada Allah? Berangan nak masuk syurga?

Atas faktor inilah, saya ingin membawa semua pembaca agar sama-sama kita berubah, faham akan perkara ini, supaya kita yang dulunya malas nak solat, benci solat, menyampah dengan solat, KEMBALI sedar, bertaubat, menangis pada Allah atas kebodohan dan kelemahan kita.

Saya kategorikan sikap orang islam berkenaan solat ni kepada TIGA golongan:

  • Golongan yang meninggalkan solat.
  • Golongan yang solat, tapi tak berjemaah.
  • Golongan yang solat berjemaah.

Adapun, saya bahagikan penulisan saya kali ini pada 3 sudut besar agar sama-sama dapat manfaat:

  • Untukmu, wahai golongan yang meninggalkan solat.
  • Isu Qodho’ solat.
  • Isu Solat Jemaah.

UNTUKMU, WAHAI GOLONGAN YANG MENINGGALKAN SOLAT

Awal-awal ni, saya minta maaf, kalau teguran saya kali ni lebih berbentuk ancaman. Sebab, jujur saya kata, dah ramai gila bapak orang abaikan solat ni. Tinggalkan dengan rileksnya, lepas tu bagi alasan:

“Saya nak solat, tapi saya rasa beraaaat sangat…”

“Saya pun tak tahu, saya faham kewajipan solat. Tapi seolah-olah ada benda yang menghalang saya untuk solat….”

Dan banyak lagi alasan. Maka, saya fikir lama gakla, macamana nak bagi kita semua dah tak berani langsung untuk tinggalkan solat ni. Maka, saya dah buat keputusan, untuk guna cara yang agak kasar sedikit. Supaya, korang SENTAP. Biarlah korang benci saya, asalkan, korang jaga solat!

Ada dua jenis orang yang tinggal solat ni. Pertama, SENGAJA. Kedua, TAK SENGAJA. Contoh sengaja ialah dia memang tinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Dia tak tenat, dia sempurna, dia tak gila. Entah apahal dia tinggal solat. Main bola bajet terel boleh je. Gi wayang dengan member, selamba je. Solat yang tak sampai 5 minit dah terketar-ketar. Apakah ini? Contoh tak sengaja ialah dia terlajak tidur. TAPI, kalau dah hari-hari terlajak, tu bukan tak sengaja. Itu sengaja namanya!! Usahalah sikit pasang alarm, suruh orang kejut, dan lain-lain. Dah tahu susah nak bangun, takde usaha langsung. Kadang-kadang, dah bangun, pastu tidur balik. Pergh.. Apakah ini wahai kawan?

Baiklah.

Korang tahu tak, apa balasan orang yang tinggalkan solat? Korang tahu tak? Ataupun, korang ingat, kalau tak solat, lepas tu taubat, settle. TAK! Korang wajib qodho segala solat yang korang tinggalkan. Kenapa? Kenapa? Dosa-dosa lain, kita taubat, Allah boleh ampunkan. Tapi, kenapa solat, kena qodho balik? Maka, saya akan kemukakan beberapa ANCAMAN YANG ALLAH DAN RASUL ANCAM bagi orang yang tak solat 5 waktu ni. Jom tengok satu-satu, dan, check diri, menangislah!

1)Nabi saw bersabda:

“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat..”

Lihatlah, sedar tak sedar, bila kita tinggalkan solat, kita seolah-olah dah jadi KAFIR. Bahkan, banyak ulama telah menyatakan bahawa, kalau kita tinggalkan satu solat dengan sengaja TANPA SEBARANG UZUR, maka kita telah jatuh kafir. Dan balasan bagi orang kafir ialah, neraka selama-lamanya. Selama-lamanya!

Adakah bila kau sanggup tinggalkan solat lagi bila kau dah tahu perkara ini? Orang yang beriman, dia akan menyesal, menangis dan bertaubat…

2)Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho’nya, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama 1 huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!”

Gila! Ini baru satu waktu solat! Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya 1 waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama (360x1000x80) 28,800,000 hari di dalam neraka!! Ini baru satu waktu beb! Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan rileksnya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali!

Ya rabb. Tak menggeletar ke badan kita bila fikir benda ni? Tak menangis ke kita? Tak takut ke kita? Tak menyesal ke kita? Ya Allah, ya Allah!

3)Nabi saw bersabda:

“Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…”

Korang rasa, kalau korang takde kepala, korang boleh hidup tak? Komfem tak! Tahu tak korang, solat adalah perkara pertama yang akan di Tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas, MUSTAHIL amalan lain akan lepas.

Kerana bila kita tinggalkan solat, semua amalan baik kita Allah tak akan terima!!!

Saya tak mahu letak banyak lagi hadis nabi yang berunsur ancaman bagi orang yang meninggalkan solat. Saya harap, jika ada antara pembaca entri kali ini yang pernah meninggalkan solat, saya amat harap korang dapat baca sambil menangis teresak-esak.

Kerana, hati yang hidup, akan mudah terasa. Tapi hati yang mati, takkan rasa apa-apa. Seperti mayat. Tikamlah, bakarlah, kelarlah, mana rasa apa-apa!

Saya ulang:

“Hati yang MATI, mana rasa apa-apa bila tengok maksiat. Mana rasa apa-apa bila buat maksiat. Macam mayat. Kelarlah, tikamlah, bakarlah, mana rasa apa!!”

Saya yakin. Saya amat yakin, bila korang baca ni, korang rasa sangat bersalah. Hati korang berdebar. Korang menangis, korang menyesal dan mengimbau dosa-dosa lalu. Korang rasa nak bertaubat. Korang rasa dah tak nak tinggalkan solat lagi. Korang nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna! Tapi……….

Timbul persoalan yang biasa di utarakan:

“Ustaz, saya nak berubah. Saya nak bertaubat. Saya dah tak nak tinggalkan solat lagi. Saya tak nak! Adakah Allah akan ampunkan saya? Dan adakah saya perlu QODHO’ SEMULA solat yang saya tinggalkan? Jika ya, saya dah tak ingat berapa banyak yang saya tinggalkan. Macamana saya nak qodho sebab banyak sangat? Tolong saya ustaz….”

Saya rasa, hampir 100 soalan orang Tanya pada saya masalah ini di ask.fm saya. Saya yakin korang IKHLAS nak BERUBAH DAN BERTAUBAT. Jadi, saya akan usaha untuk bantu korang tentang isu qodho solat ni. Insyallah. Moga cara ini korang dapat buat!

ISU QODHO’ SOLAT

Sebagai ASAS, saya nak nyatakan di sini bahawa qodho solat adalah WAJIB. Samada kita tinggalkan solat dengan sengaja ataupun tak sengaja, kita wajib qodho juga. Kerana solat adalah merupakan HUTANG kita pada Allah. Allah dan nabi nak ajar kita bahawa solat ni bukan benda main-main. Boleh tinggalkan, lepas tu taubat dan tak payah qodho. Senanglah macam tu.

Qodho solat adalah WAJIB!

Maka, bagaimana nak qodho kalau dah banyak sangat kita tinggalkan sampai kita LUPA berapa banyak?? Maka, qaedah yang ulama beri ialah:

“Qodho’lah sebanyak-banyaknya solat kita sehingga kita rasa kita dah qodho LEBIH dari yang kita tinggalkan..”

Maka, mungkin kelihatan BERAT kalau kita dah banyak sangat tinggal solat. Tapi, hakikatnya, takdelah berat mana. Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak.

Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??

Saya ulang:

“Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??”

Maka, di sini, saya kemukakan STEP MUDAH untuk qodho solat:

1)Ulama menyarankan, setiap kali kita habis solat satu waktu, selepas tu kita kita qodho solat waktu tu. Erk. Macam berbelit je ayat saya. Takpe, saya bagi contoh:

“Kalau kita tengah solat subuh misalnya, selepas kita solat subuh tu, kita bangun untuk solat subuh GANTI. Bermakna, satu kita solat subuh hari tu, satu lagi ialah solat subuh qodho. Begitu juga time zohor. Lepas solat zohor, bangun dan qodho solat zohor. Asarpun macam tu. Maghrib isyakpun macam tu. Means, setiap hari, setiap waktu solat, kita solat DUA KALI. Satu solat betul, satu solat qodho’…”

Faham tak?

Means, kalau korang berterusan buat macam ni selama DUA tahun, means korang dah berjaya qodho solat 2 tahun korang. Kalau korang dah 5 tahun tinggal solat. Dan korang bertaubat dan tak tinggal solat lagi, maka, kalau berterusan guna cara ni, korang automatik dah dapat qodho solat yang korang tinggalkan selama 5 tahun.

Sekali gus, korang tak rasa BERAT. Kalau cara macam ni pun rasa berat, apa lagi yang korang nak? Kalau tak nak susah-susah, macamana nak masuk syurga wahai kawan? Buat je. Kalau korang betul-betul ikhlas dalam berubah dan bertaubat, nescaya korang akan rasakan perkara yang berat itu sebagai satu kemanisan!!!!!

2)Kalau kita rajin sikit, buatlah lebih sikit. Yang pasti, solat qodho ni boleh buat bila-bila. Lepas subuh ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke, tengahari ke, bila-bila boleh. Faham?

3)Ada orang Tanya: “Apa niat solat qodho ye?”

Maka, actually simple je.

Kalau nak qodho subuh:

“Sahaja aku solat fardhu subuh, 2 rakaat, qodho kerana Allah..”

Kalau nak qodho zohor:

“sahaja aku solat fardu zohor, 4 rakaat, qodho kerana Allah..”

Begitulah asar, maghrib dan isyak. Macam biasa niatnya, just tambah “qodho’”. Faham kan? Harap-harap faham. Korangkan smart dan bergaya.

So,TIGA point tentang isu qodho ni, saya harap korang semua JELAS. Jangan rasa beban. Saya ulang balik ayat saya di atas:

“Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak…”

“Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah..??”

ISU SOLAT JEMAAH

Ni lagi satu benda saya nak utarakan. Ada jenis orang, solat 5 waktu dah jaga dah, tapi entah apahal, dia dengan bangga dan rilexnya tak pergi surau/masjid untuk solat Jemaah. Apakah? Jap, sebelum saya bebel panjang-panjang, saya nak nyatakan, solat berjemaah ni KHUSUS pada lelaki je. Wanita tak di sunatkan pergi surau/masjid. So, saya nak tegur lelaki yang jaga solat, tapi tak gi berjemaah akt surau.

Nak mengamuk sikit.

Kawanku, kenapa kau susah sangat nak pergi surau? Sembang agama lebat, nak jatuhkan kerajaan zalimlah, nak menegakkan khalifah di muka bumilah, ya hanana sini sana, belajar agama tinggi-tinggi, tapi time azan, tak pergi surau. Apa ni?

Tahu tak, apa yang nabi ancam bagi orang yang dengar azan, tapi tak pergi solat berjemaah kat surau? Baca ni, kemudian, muhasabahlah diri, menangislah dan taubatlah!

1)Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa mendengar seruan azan, tetapi tidak memenuhinya(tak pergi solat berjemaah di masjid) tanpa sebarang uzur yang menghalanginya, maka solat yang dia kerjakan tidak akan di terima!!Maka sahabat bertanya:”Apakah uzurnya?” Nabi menjawab: “Ketakutan atau sakit…”(HR Abu dawud, Ibn Hibban dan Ibn Majah).

Maksud “solatnya tak akan di terima” ialah, solatnya itu tak dapat pahala, walaupun kewajipan solatnya dah tertunai. Tapi, ada certain sahabat dan tabiin berpendapat bahawa, tinggalkan solat Jemaah kat masjid tanpa uzur adalah HARAM. Ibn Abbas ada riwayatkan satu hadis:

“Barangsiapa yang dengar azan, tapi dia tak memenuhinya dengan solat berjemaah, bermakna, dia tak nak kebaikan dan dia tak layak mendapat kebaikan!!”

Bak kata Abu hurairah:

“Barangsiapa dengar azan tapi tak solat berjemaah, maka lebih baik kita tuangkan cairan timah yang mendidih ke dalam telinga dia!!!”

Kawan, sekarang dah maju. Kita dah tahu waktu solat, dah ada calendar. Jangan bagi alasan tak dengar azan. Orang beriman, takkan bagi alasan. Kalau dah malas tu, mengaku je. Jangan tipu diri sendiri!

2)Nabi saw bersabda:

“Aku teringin nak memerintahkan para pemuda agar mengumpulkan KAYU BAKAR untukku, kemudian aku datang ke rumah orang-orang yang solat di rumah mereka tanpa uzur, lalu aku mahu BAKAR rumah-rumah mereka!!!!”(HR muslim)

Tak rasa sedih ke? Tak sentap ke? Nabi saw mana pernah rasa benci pada umat dia. Nabi saw amat sayang dan cintakan umatnya. Nabi tak sanggup tengok umatnya berada dalam kesusahan walaupu sedikit. TETAPI, hadis kat atas menunjukkan betapa NABI MARAH GILA orang yang tak solat Jemaah kat masjid! Adakah kita boleh mendabik dada kata kita cinta nabi dengan berqasidah semata, tapi solat Jemaah tak jaga???

Saya rasa, cukup dua hadis tu untuk sedarkan para LELAKI sekalian akan betapa pentingnya solat Jemaah ni. Ni bukan isu kecik brader. Ni isu besar syeikh… Kalau kau tak solat Jemaah, mungkin kau bukan lelaki. Sebab biasanya perempuan je yang solat kat rumah ni. Tak payah bajet hensem, bajet maskulin, bajet awesome, bajet jambu, bajet macho, tapi solat kat rumah..MALU SYEIKH!!!

PENUTUP

Sebagai pengakhiran, saya tak tahu nak cakap macamana lagi. Saya hanya mampu menyampaikan. Akhirnya, yang buat keputusan untuk bertaubat dan berubah adalah diri kita sendiri. Usahlah merungut, susahlah, penatlah, beratlah. Kerana MERUNGUT bukan sifat orang beriman.

Kalau kita betul-betul nak berubah, nescaya kita takkan beri walau SATU PUN ALASAN. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih!! Itulah prinsip yang kita kena pegang. Kalau kita ni nak berubah jadi baik, perkara pertama kita kena ubah ialah SOLAT KITA. Kerana mustahil kita akan jadi baik, kalau solat kita hancur.

Tahu tak kita??

“Sebelum nabi wafat, yang mana, nabi langsung tak larat untuk bangun, tetapi baginda tetap mahu pergi masjid untuk solat berjemaah, dan menyuruh sahabat MENGUSUNGNYA. Sahabat papah nabi, sehingga kaki nabi terheret kat tanah lantaran badan baginda yang terlalu lemah. Itulah solat terakhir nabi. Kemudian, baginda wafat…”

Nabi nak ajar ummatnya, nabi nak ajar kita, susah mana pun, jangan sesekali tinggal solat.

Tahukah kita?

“Umar Alkhattab, ketika di tikam oleh Abu Lu’lu’, kemudian pengsan. Perkara pertama yang bermain di fikirannya setelah beliau sedar ialah SOLAT. Beliau meminta sahabat mengambilkan wudhuk untuknya, supaya beliau dapat solat. Dan akhirnya meninggal…”

Tetapi kita pada hari ini bagaimana? Langsung tak hargai Allah dan Rasul, terlalu mengikut nafsu, lantas berangan-angan untuk mendapat syurga? Menangislah pada Allah. Taubatlah padaNya. Cukuplah masa silam kita yang gelap. Mulakan hidup baru.

Saya doakan insyallah. Maafkan salah silap saya, andai terkasar bahasa di dalam entri kali ini. Demi Allah, penulisan ini untuk diri saya yang hina ini. Doakan saya juga.

Wallahua’lam.

Sumber : tarbiahsentap.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending