Iqbal Akan Dedah Semuanya 1 November Ini, Minta Semua Netizen Bertenang

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli semenangnya tidak pernah lekang dengan kontroversi. Selepas isu tak jadi kahwin dengan usahawan kosmetik itu, dia telah terpalit dengan pelbagai lagi gosip-gosip nakal sehingga membuatkan ramai mulai meluat.

Sebelum ini, Iqbal pernah menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu dan sedang mencari komposer bersesuaian bagi memenuhi hasratnya.

Jadi, dia telah bersetuju untuk menerima lagu daripada ahli kumpulan Floor88, Eric Fuzi dan sudahpun memaklumkan kepada umum bahawa single pertamanya akan keluar pada 1 November 2021.

Dalam perkongsian terbaru pemuda berusia 27 tahun itu, dia memaklumkan yang lagu nyanyiannya bertajuk Hujan  adalah berkenaan perjalanan hidupnya yang penuh liku-liku.

Dia juga mengakui yang proses pengambaran  muzik video berlangsung selama 24 jam dan mereka semua tidak tidur mengerjakan hasil karya pertama buat Iqbal.

Justeru itu, Iqbal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyempurnakan keinginan dia membuat lagu demi mengabdikan kisah hidupnya.

Jadi, dia berharap agar orang ramai dapat menunggu dengan tenang 1 November 2021 ini bagi mendengar single pertamanya berjudul Hujan.

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*