Connect with us

Petua Berguna

Isteri Perlu Sorok Duit Dari Suami Yang Ada 26 Tanda Ini. Ini Sebabnya

Published

on

Isteri Perlu Sorok Duit Dari Suami Yang Ada 26 Tanda Ini. Ini Sebabnya

Bila kita ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang ada 26 tanda yang dikongsikan ini. Bermakna para gadis di luar sana kenalah ambil langkah bijak merahsiakan status kewangan daripada pengetahuan suami.

Bukan mahu mengajak mak-mak jadi kedekut atau kejam. Fahamkan betul-betul, jika suami ada 26 tanda ini ya. Haa.. barulah langkah berjaga-jaga melibatkan duit ini dipraktikkan.

PETANDA PERLU MERAHSIAKAN STATUS KEWANGAN ATAU DUIT DARIPADA SUAMI

  1. Suami tak kisah menyewa rumah bertahun-tahun sebab suami hanya mahu membeli rumah bertanah size padang bola.
  2. Suami juga kenal baik dengan pemberi hutang. Along, Angah, Achik? Semuanya kawan suami.
  3. Suami sentiasa bersikap tidak mesra dan tertutup bila bercakap soal kewangan. Lagi diajak berbincang, lagi naik darah!
  4. Suami kerap berahsia seperti letak password di henpon, menjawab henpon berbisik-bisik di dalam toilet.
  5. Suami malu memakai baju pagoda. Baju dan seluar suami haruslah berjenama luar negara. Biar papa asal bergaya. Muda hanya sekali katanya.
  6. Suami tidak memiliki asset sebenar. Hartanya adalah kereta mewah bersport rim traktor atau motor berjenama suria perkasa hitam.
  7. Suami tidak pernah tahu jumlah sebenar perbelanjaan bulanan. Bagi suami, gaji je belanja, habis gaji je hutang, habis hutang je kad kredit.
  8. Anak jatuh kerusi suami tak risau, helmet superbike tergolek pasti suami meraung kekecewaan. Maklumlah, rider berjiwa kental.. Suami Merungut Duit Tak Cukup..
  9. Suami selalu merungut tidak cukup wang dan mengabaikan keperluan perbelanjaan keluarga.
  10. Suami rela berlapar untuk bayar ansuran kereta mahal tapi selalu merungut bila perlu bayar yuran tuisyen dan PIBG anak.
  11. Suami mengikat perut untuk set golf atau set pancing baru tapi rasa membazir beli takaful keluarga.
  12. Suami sembang kencang impiannya berjuta-juta, dalam poket habuk bermaharajalela.
  13. Bila dengan kawan, suami ini pemurah tahap juara. Di kedai hispter belanja member penuh semeja.
  14. Statement Personal Loan suami selalu tiba di rumah. Bukan satu tapi mungkin dua, tiga atau lima.
  15. Suami adalah lilin. Suami rela membina hutang jahat demi impian sesiapa biarpun DSR ( Debit Service Ratio ) sendiri melayang.
  16. Suami spesis anak emak yang keterlaluan. Segala yang mak minta tak penah ditolak hatta perlu menjadi penjamin dan penyedia hutang jahat. Berhutang Along demi mak pun sanggup!
  17. Suami menggemari barangan mewah dan berselfie di obersee. Bercuti di Malaysia ni rasa geli.
  18. Henpon suami jenama limited edition. Kredit kad suami digores selalu, bayaran pula baki minimum. Isteri Kerap Jadi Penjamin Suami
  19. Business suami selalunya rugi dan jarang untung. RM1,000 di tangan suami akan mengecil menjadi RM10 sekelip mata.
  20. Suami juga kerap merayu isteri menjadi penjamin hutang kereta dan juga motorsikal berkuasa kuda.
  21. Suami selalu meminta pinjam duit dengan isteri sedangkan time bayar dibuat lupa tak sedar diri.
  22. Suami selalu tertekan, tidak gembira dan kerap meninggikan suara kepada ahli keluarga. Anak nak manja pun dimarah sesaja.
  23. Suami membenci pelabur. Suami fikir pelabur adalah kapitalis tamak, kedekut dan nak bawa duit masuk kubur. #apeni
  24. Bagi suami bacaan berilmiah membebankan otak. Suami block FB bermanfaat. Mengarut baca penulisan panjang-panjang katanya.
  25. Suami hari ini gaji, esok dah mula la amik cuti kecemasan ataupun MC. Sakit gaji sikit terus MC.
  26. Suami bersikap degil, kalau budak hingusan seperti akak nasihat, suami akan cakap “sadap! aku lebih banyak makan garam dari kauuuuu…”

Jika dapat suami camni eloklah isteri pelbagaikan cabang simpanan duit juga pelaburan. Selain pembelian rumah, UT dan ASB/TH, simpanan lain yang sukar dihidu adalah dengan menyimpan emas akaun GAP.

Buka dulu serendah RM100 atau segram emas. Isteri boleh simpan emas secara berperingkat dan berdikit kemudian keluarkan dinar atau jongkong emas untuk disorok.

Confirm suami tak tau sebab ruangan penyimpanan emas berketulenan 999 adalah sangat kecil dengan susut nilai yang sangat minimum. Selamat mencuba!

Petua Berguna

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

Published

on

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

New Delhi: Cip mesra alam untuk telefon pintar diperbuat daripada najis lembu.

Penemuan itu diperoleh sebuah agensi di bawah kerajaan India, Rahstriya Kamdhenu Aayog (RKA) yang mengumumkan penghasilan cip anti-radiasi yang mampu mengurangkan kadar radiasi daripada penggunaan telefon pintar itu.

Media tempatan melaporkan, Pengerusi RKA, Vallabhbhai Kathiria berkata, cip diberi nama Gausatva Kavach ini dikilangkan syarikat Shrijee Gaushala di bandar Rajkot, India.

Katanya, najis lembu mampu mengurangkan radiasi dan mampu melindungi manusia.

“Secara saintifiknya, cip ini boleh digunakan di telefon pintar untuk melindungi manusia dari penyakit.

“Kami sudah memulakan penyelidikan ini. Kami mahu ada penyelidikan yang kami dianggap sebagai mitos.

“Pelakon terkenal Bollywood Akshay Kumar juga mengamalkan meminum air kencing lembu untuk kesihatan,” katanya.

Menurutnya, cip itu boleh disimpan di dalam kenderaan dan pengurangan radiasi dapat dilihat secara signifikan. Ia dijual pada harga 50 Rupee (kira-kira RM2.80) hingga Rs70 (kira-kira RM4) setiap satu. RKA ialah institut penyelidikan di bawah Kementerian Perikanan, Penternakan Haiwan dan Tenusu di India.

Ia juga berperanan mengendalikan penternakan mengikut garis moden dan saintifik dan mengambil langkah untuk memelihara, memperbaiki keturunan,melarang penyembelihan lembu, anak lembu, lembu lain dan ternakan.

Agensi itu adalah badan penasihat tertinggi tinggi dengan mandat untuk membantu kerajaan India mengembangkan program yang sesuai untuk pemuliharaan, pembangunan lestari dan peningkatan genetik baka asli.

Continue Reading

Petua Berguna

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Published

on

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Kalau kereta famili biasanya tak sah kalau kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, malah air liur anak pun ada. Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihanyang mungkin cecah lebih RM100.

Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.

Kalau hantar kedai mahal

Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta/berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam ! Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni RM6.75. Satu lagi utk tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali.

Step by step bersihkan kusyen

  1. Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
  2. Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.

3. Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.

4. Tunggu dalam 2-3 minit, biar meresap kemudian boleh berus lagi. Lagi best ambil kain basah dan tonyoh pada kotoran.

5. Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering. Tadaa…bersih dah! Jimat pun jimat!

Hasilnya!

Continue Reading

Petua Berguna

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Published

on

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Tanda Suami Curang

Benar dan tidak disangkal, ramai juga isteri curang. Namun, apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya, ia bocor sendiri. Jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.

Mari kita tengok, apakah ciri-ciri atau punca suami curang?

1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara? Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.

2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan sek sual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’.

Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.

4. Perubahan sikap suami yang ketara

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ‘mood‘ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.

5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ‘handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ‘game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki. Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.

6. Telefon bimbit ada ‘password‘

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.

7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ‘penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.

8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. “Ada banyak kerja, selalu balik lambat” katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong ‘packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.

9. Naluri seorang isteri, ‘6th sense‘ atau ‘woman instinct‘ selalunya betul

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa “Macam ada ‘something’ yang tak kena je“, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

10. Terlebih ‘caring’ pada isteri

Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Continue Reading

Trending