Isteri Saya Boros Sangat, Kalau Kemaruk Beli Makeup Berpuluh Kali Keluar Masuk Watsons, Guardian

Isteri Saya Boros Sangat, Kalau Kemaruk Beli Makeup Berpuluh Kali Keluar Masuk Watsons, Guardian

Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga. Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.

Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis nikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR. Tapi kalau shopping, macam dirasuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya mti dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia. Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte. Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantu. Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2. Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila. Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia. Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je. Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea. Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah. Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu penanggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*