Isu Buli Remaja Perempuan Akhirnya BF Wanita Tersebut Tampil Beri Penjelasan

Video sekumpulan remaja perempuan yang didakwa memukul rakan sebaya di satu kawasan perumahan telah tular sejak semalam selepas rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @4shrf. Perkongsian yang berdurasi 2 minit 20 saat itu telah mendapat perhatian ramai kerana masing-masing berasa geram melihat tindakan remaja-remaja masa kini yang tidak segan menunjukan kesilapan di media sosial.

Pergaduhan juga dipercayai berpunca daripada masalah ‘jantan’ sehingga ada yang mengalami kecederaan dan laporan polis juga telah dibuat.

Oleh hal yang demikian, nama salah seorang teman lelaki kepada gengster-gengster cilik itu ‘dipetik’ sehingga ramai yang tertanya-tanya akan wajahnya. Jadi, dalam ruangan komen di Twitter @4shrf, remaja lelaki berkenaan menafikan yang dia terlibat dalam perbalahan tersebut. Hal ini susulan wajahnya viral dikatakan sebagai ‘abang angkat’ yang direbutkan oleh mereka.

 

Menurut remaja lelaki itu, cerita sebenarnya mereka bergaduh kerana rebutkan ‘abang angkat’ dan dia bukanlah individu tersebut seperti yang ditularkan sebelum ini. Dia berasa kesal kerana wajahnya yang ‘wanted’ sedangkan dia tidak ada kena-mengena dalam hal tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan pihak polis, remaja-remaja perempuan itu dipercayai bergaduh kerana masalah fitnah-menfitnah sehingga membuatkan ada diantara mereka meradang. Jadi, mereka bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Selain daripada itu, warganet juga meminta orang ramai supaya tindak terus menularkan laman sosial remaja-remaja perempuan tersebut kerana cara berkenaan hanya membuatkan mereka dikenali. Hal ini disebabkan jumlah pengikut salah seorang daripada mereka meningkat dengan mendadak sekali sehingga puluhan ribu followers dalam masa sehari sahaja.

Terdahulu, video sekumpulan remaja memukul seorang lagi remaja perempuan yang lain telah tular. Setakat ini, sebanyak lebih daripada 48,000 tanda suka dengan hampir dua juta tontonan di Twitter sejak ia dimuat naik kira-kira dua hari lalu. Pihak berkuasa sudahpun membuat siasatan selepas menerima laporan berkenaan perbalahan tersebut.

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*