Jagalah Mulut Anda Sebaiknya, Ia Lebih Tajam Dari Mata Pisau.. Allahuakhbar..

Asalamualaikum, Allah kurniakan kita mulut untuk apa? Untuk memuji kebesarannya. Kenapa perlu jaga mulut? Baca sampai habis ya.. Baiklah, pertama sekali saya nak memberi sedkit maklumat tentang FUNGSI MULUT dari segi islam…

1. Makan makanan yang halal
2. Minum minuman yang halal.
3. Bercakap sesuatu perkara yang berfaedah.
4. Tidak bercakap perkara yang dijanjikan atau perkara yang tidak perlu (melekakan)
5. Tidak menjaja cerita / fitnah / mengumpat
** masih ada pelbagai fungsi yang tidak disenaraikan

Huraian pertama iaitu Makan Makanan Yang Halal

1. Makanan yang bersih
2. Tidak memudharatkan
3. Makanan yang tidak mencurigakan dari segi halal.

Huraian kedua iaitu Minum Minuman Yang Halal

1. Minuman yang bersih dari kotoran
2. Minuman yang tidak mendatangkan sakit atau tidak memudharatkan
3. Minuman yang tidak mencurigakan dari segi halal

Huraian ketiga iaitu Bercakap Sesuatu Perkara Yang Berfaedah

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’d ra.: Rasulullah Saw pernah bersabda, “siapapun yang dapat menjaga lidah dan kemaluannya, aku jamin ia akan masuk syurga”

Untuk berbicara soal Bercakap Sesuatu Yang Berfaedah, ia merujuk kepada sesuatu perkara yang baik dan tidak melalaikan.Bagaimana saya katakan Bercakap Sesuatu Yang Baik dan Tidak Melalaikan..Contohnya seperti dibawah :-

1. Memuji
2. berkata benar
3. berzikir
4. Tidak berkata soal bukan mahram
5. Tidak menyanyi sehingga lupa mengingati Allah.
6. Tidak mengeluarkan perkataan yang kasar sehingga boleh menyakitkan hati sesetengan individu.
7. Tidak memaki atau mengeluarkan perkataan yang berunsurkan maki.

* Seperti yang kite tahu, remaja sekarang bebas menggunakan perkataan yang kasar berunsurkan maki malah mereka menganggap perkataan itu biasa dalam kehidupan seharian mereka. Kini, setiap percakapan mereka pasti terselit unsur maki dan tanpa mereka sedari, mereka telah menyakiti hati sesiapa sahaja yang mendengar. Antara perkataan yang saya ketahui yang menjadi “makanan ruji” bagi sesetangah remaja yang kurang beradab ketika bercakap adalah :-

1. What The Fuck
2. Fuck
3. Bodoh
4. Setan
5. What The Hell
6. Babi
7. Kurang ajar
8. Bongok
9. Bengong
10. Haram

* Maaf jika perkataan itu kasar jika saya tuliskan tapi itu adalah kebenaran yang berlaku kini. Kadang-kadang perkataan itu digunakan bertujuan memanggil rakan-rakan sendiri. Sangat tidak patut kan?..Bukan itu sahaja,jika ingin mengutuk atau mengata belakang tidak kira samada melalui percakapan, menulis blog atau menulis di facebook, pasti perkataan yang berunsurkan maki menjadi perkataan utama sesetengan individu bagi melunaskan dendam atau geram di hati.

Huraian keempat iaitu Tidak Bercakap Perkara Yang Dijanjikan

Allah SWT berfirman “Sesungguhnya binatang yg paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yg kafir krn mereka itu tidak beriman. orang-orang yg kamu telah mengambil perjanjian dgn mereka sesudah itu mereka menghianati janjinya pada tiap kalinya dan mereka tidak takut .

Janji? Apa itu janji? Sebenarnyer janji ada perkongsian cerita atau maklumat diantara dua individu atau lebih untuk dirahsiakan antara mereka tanpa diketahui oleh orang lain. Ia juga merupakan satu amanah. Tapi seperti yang kita tahu, hanya sesetengah insan sahaja yang betul betul berpegang pada janji tetapi selebihnya hanya mulut sahaja berkata janji tetapi sebaliknya menceritakan maklumat daripada janji tersebut kepada orang lain.

“Tiga hal yg merupakan kewajiban Allah utk memberikan pertolongan yaitu seorang budak mukatab yg berusaha melunasi dirinya orang yg menikah krn menjaga kehormatan dan orang yg berjihad di jalan Allah.”

Huraian kelima pula adalah Tidak Menjaja atau Menfitnat atau Mengumpat

Firman Allah Taala:
“Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela.”

Sesungguhnya mengata,mengumpat, mencela dan menfitnah merupakan perbuatan yang terkutuk kerana boleh membuatkan kehidupan seseorang menjadi lebih tidak tenteram dan lebih susah.Sedari kah anda, melalui mulut kita sendiri, kita boleh mengubah kehidupan hidup seseorang.Tetapi jika kita dapat megubah hidup seseorang menjadi lebih baik, bukankah ia sangat sangat digalakkan dalam islam.ganjaran pahala pun kite dapat. Tetapi jika sebaliknya??(mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih susah, tidak tenteram, tidak disukai ramai)..adakah ia satu perbuatan yang sangat teruk.??

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) puak yang dicemuhkan itu mungkin lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) puak yang dicemuhkan itu mungkin lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Selalunya, mengata,mengutuk,menfitnah,mengumpat akan berlaku apabila berada dalam satu kumpulan terutamanya dalam kalangan wanita. Dalam kalangan lelaki pun turut tidak terlepas tetapi kurang berbanding wanita.

Seperti yang kite tahu, hukum mungumpat, mengata,menfitnah adalah HARAM dan BERDOSA BESAR.Dosanya ibarat seperti membunuh.

Sama jugak seperti Berzina, hukumnya HARAM dan BERDOSA BESAR.

Dosa berzina dan dosa membunuh, bagi pendapat anda, yang mana satu lebih besar dosanya??
Pasti dosa membunuhkan.

*jika ada kesilapan, minta anda tolong betulkan ye sebab saya hanya manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan*

Tapi disini saya ingin mempersoalkan, ape yang kebaikan sesetengah individu dapat apabila sanggup memburukkan individu lain sehingga mengubah kehidupan individu terbabit sehingga kehilangan kawan, kehilangan semangat dan kehilangan kata-kata untuk menyuarakan perkara benar? Bagaimana pula pendengar yang mndengar perkara yang difitnah dan mempercayainya 100% tanpa usul periksa dan bukti tentang kenyataan yang difitnah? Saya berasa sedih jika ia betul betul berlaku.

Jawapannya hanya ada pada penfitnah dan pendengar fitnah terbabit.

ISLAM mengkehendaki kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Suasana masyarakat Islam sekarang yang sering tidak menghormati sesama Islam, adalah melanggar hukum Islam.

Menghormati saudara seIslam dalam erti kata menjaga maruah dan air mukanya melalui teguran dan nasihat yang membina dan sopan, akan dapat melahirkan suasana hidup bermasyarakat harmoni dan sejahtera.

Itulah jaminan Islam kepada umatnya apabila mereka mengamalkan sikap menghormati sesama Islam.

Keaiban sesama Islam apabila didedahkan, maka bukan saja hilang kehormatannya, malah sehingga orang bukan Islam tidak lagi menghormati masyarakat Islam.

Usah kita menagih penghormatan daripada orang bukan Islam jika kita sesama Islam sendiri tidak mengamal dan menghayati amalan hormat menghormati dalam erti kata sebenar yang dituntut oleh Islam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*