“Jangan Angkat Bendera Putih” Hantaran Nik Abduh Gesa Rakyat Jangan Angkat Bendera Putih Tapi Hanya Berdoa Dikecam Netizen

Setelah hampir sebulan Malaysia berada dalam keadaan ‘total lockdown’ dan berpaksikan Prosedur Operasi Standard (SOP) baru, negara menerima pelbagai kesan. Sedang ramai yang dilanda derita akibat pandemik Covid-19 yang berleluasa, rakyat juga menanggung nasib oleh kerana hilang sumber rezeki dan hidup tanpa arah tuju.

Penutupan sektor-sektor ekonomi menjejaskan sumber kewangan utama masyarakat di Malaysia, sama ada yang bujang mahupun berkeluarga. Malah, orang ramai juga meluahkan nasib diri dan keluarga yang tidak mampu mendapatkan barang keperluan asas akibat tiada pendapatan.

Statistik juga menunjukkan bahawa kadar individu di negara ini yang mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi meningkat setiap hari. Susulan daripada permasalahan berat ini, rakyat Malaysia sebulat suara mewujudkan #KEMPENBENDERAPUTIH iaitu sebuah gerakan bagi membantu mana-mana individu atau keluarga yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera.

Inisiatif ini selari dengan slogan #KitaJagaKita yang memaparkan semangat bersatu padu dalam masyarakat umum yang sedia menghulur tangan buat mereka yang berada dalam kesusahan. Kempen ini pada awalnya disebarkan secara meluas di laman media sosial Facebook dan Twitter, seterusnya mendapat tumpuan ramai untuk turut sama dikongsikan dalam bentuk poster di platform lain.

Tidak perlu merayu, tidak perlu malu. Kibarkan sahaja bendera putih di hapadan rumah dan akan ada insan prihatin yang datang beri bantuan. Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan di laman Facebook beliau bahawa mereka ini perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada Tuhan. “Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” kata beliau. Perkongsian Nik Mohamad Abduh di Facebook

Hal ini mengundang pelbagai reaksi, termasuk kecaman daripada warganet yang meluahkan rasa marah dan kecewa atas kenyataan beliau ini. Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini akan berlanjutan selagi kes jangkitan harian tidak kurang daripada 4,000 kes direkodkan. Jadilah rakyat yang prihatin dan bantulah orang-orang yang memerlukan jika berkemampuan. Semoga pandemik Covid-19 di Malaysia dapat dibendung sehabisnya dan negara kembali pulih.

kredit i am lejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*