“Jangan Malas Mengharapkan Bantuan Bendera Putih Sahaja” Dato Vida Dikecam Netizen Anggap Orang Yang Susah Pemalas

“Jangnlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha,” pesan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV). Menerusi video TikToknya terbaharunya, DSV atau nama penuhnya Hasmiza Othman singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil milik anak muda di sebuah kawasan perumahan.

“Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200-RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap. Saya singgah ni sebab bersih kalau tak bersih memang saya tengok dari jauh. Usaha, jangan malas mengharapkan bantuan bendera putih sahaja,” katanya dalam video berkenaan.

Difahamkan, DSV memuat naik video itu bagi menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang memohon bantuan makanan. Bagaimanapun, perkongsian DSV itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang kurang senang dengan kenyataannya tersebut.

Malah, ada yang mengatakan jika tidak mahu membantu lebih baik diam dan tidak perlu menambah ‘luka’ rakyat yang sedang dihimpit tekanan hidup. Seorang netizen berkata, DSV tidak perlu persendakan orang lain sekiranya tidak mahu membantu.

  • “Bila orang kenyang berbicara,” tulis Anwar Khalid.
  • “Dato.. cakap mudah, nak buka pun pakai modal,” tulis Zul Fikri Kriyy.
  • “Saya tidak setuju dengan dato. Keinginan itu ada tetapi modal tak ada. Bukan semua orang mampu. Orang kaya tak nak bantu sudah. Bendera Putih ni dari rakyat kepada rakyat,” tulis A’Ezel.

Sementara itu, ada juga netizen menyokong kenyataan DSV dengan mendakwa ia sebagai kata semangat untuk bangkit daripada kesusahan hidup namun tidak bersetuju apabila Vida menyentuh mengenai Bendera Putih. Sejak minggu lalu, kempen bendera putih menjadi buah mulut masyarakat apabila tanda pagar #benderaputih dan #rakyatjagarakyat telah mendapat sambutan hangat daripada netizen.

Rata-rata masyarakat termasuk sebahagian ahli politik dan golongan artis turut menunjukkan sokongan padu terhadap kempen tersebut. Bagaimanapun, tidak semua orang mengiktiraf kempen itu, malah ada yang mendakwa kempen berkenaan mengajar masyarakat agar lebih mudah mengalah dan turut bermotifkan politik.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*