
Netizen mengirimkan pesanan orang tua-tua, iaitu ‘jangan terlalu membenci, nanti lama-lama tersuka’ khas buat penyanyi rap, Caprice.
Titipan pesanan serta beberapa tajuk video dikongsi menerusi Twitter yang mengimbas kenyataan Caprice dikatakan tidak menyukai orang dari Kelantan.
Ini kerana Caprice dikatakan pernah mendakwa orang Kelantan pengotor dan mengkritik pemahaman bahasa Inggeris penduduknya, menerusi satu ceramah dari Dr Zakir Naik yang pernah diadakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang sekitar dua tahun lalu.
Dan Caprice telah pun memohon maaf di atas keterlanjurannya mengulas isu tersebut. Namun semalam beliau mengejut orang ramai dengan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hati berasal dari negeri itu.
Jadi, usikan netizen itu menyatakan apa yang dikatakan Caprice sebelum ini seolah-olah memakan dirinya. Terdahulu, Caprice dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga bersama dengan pilihan hati, Farra Inalis, petang semalam.
Farra berusia 26 tahun dan berasal dari Kota Bharu itu merupakan ibu tunggal kepada cahaya mata perempuan dikenali sebagai Aleesya Sofea.
kredit Malaysiapost
Be the first to comment