Jari Bertukar Jadi Biru Sampai Lesu, Bah4ya ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sejenis peny4kit yang menyebabkan jari tangan atau kaki bertukar menjadi biru atau putih buat sementara waktu, dikenali juga dengan nama Sindrom Raynaud. Sindrom dan fenomena ini adalah berpunca daripada pengaliran darah yang dihadkan ke jari kaki dan jari tangan hingga menyebabkan bahagian itu bertukar warna kepada biru atau putih buat sementara waktu.

Penyakit yang jarang berlaku itu pertama kali dilaporkan dalam tesis kedoktoran pada tahun 1862, dan digambarkan sebagai reaksi tinggi terhadap tindak balas seperti terhadap suhu sejuk atau tekanan melampau. Dalam keadaan ini, badan akan cuba menjimatkan haba dengan melambatkan aliran arah ke bahagian paling jauh seperti jari.

Arteri kecil yang membawa darah ke bahagian jari akan menjadi sempit hingga menyebabkan bahagian itu berubah warna kepada biru atau putih, disebabkan kekurangan oksigen pada bahagian terjejas. Kebiasaannya, sindrom Raynaud ini terjadi kira-kira 15 minit dan boleh berlanjutan selama beberapa jam. Pes4kit akan berasa seperti jari mereka dicucuk dan kadang kala ia lebih menyakitkan.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*