Jika Dicalonkan Sebagai Perdana Menteri , Shafie Apdal Yakin Capai Majoriti Sokongan Ahli Parlimen

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin dapat mencapai majoriti sokongan Ahli Parlimen jika dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan (PH). Menurut seorang pemimpin Warisan yang enggan namanya didedahkan, PH kini memiliki 105 sokongan termasuk daripada Warisan. Katanya, Mohd Shafie yakin beliau mampu menarik sokongan enam lagi Ahli Parlimen bagi mencapai majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sehingga kini PH dan Warisan mempunyai 105 sokongan Ahli Parlimen dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencari sokongan bagi mencukupkan majoriti. Jika gagal, PH diminta supaya memberi laluan kepada Mohd Shafie untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

“Mohd Shafie yakin dia mampu menarik sokongan enam lagi Ahli Parlimen untuk bersamanya,” katanya kepada Malaysiapost. Untuk mendapat majoriti mudah bagi menjadi Perdana Menteri, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 111 sokongan Ahli Dewan Rakyat.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Warisan akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dengan syarat presiden PKR itu memiliki sokongan yang cukup dan tidak melibatkan “kluster mahkamah”.

Bercakap dengan Malaysiakini, Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman berkata partinya dalam usaha meyakinkan ahli parlimen lain untuk menyokong Anwar. Namun jika Anwar gagal mendapatkan majoriti diperlukan, katanya lagi, Warisan berpendirian dia perlu menyokong presiden parti itu, Mohd Shafie untuk mendapatkan majoriti.-

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*