Connect with us

Petua Berguna

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Published

on

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Bila duduk beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik, ipar duai di bawah satu bumbung, permulaannya memang seronok belaka, namun lama kelamaan jika beberapa perkara diambil ringan, yang ‘mewangi’ mula jadi ‘busuk’. Silap-silap boleh timbul pergaduhan dan persilihan faham dalam keluarga.

Ada perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan, bila tinggal sebumbung ni.

Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini apa yang perlu kita lakukan jika kita duduk ramai-ramai bawah satu bumbung.

1. Barang Dapur (Mentah dan Kering)

Sama-sama kena beli, kena tambahkan apa yang kurang dalam rumah tu…tak boleh setiap bulan, hanya 1 keluarga sahaja yang keluarkan duit belanja untuk barang-barang tersebut dan yang lain-lain hanya guna apa yang ada dalam peti ais, di dapur dan bawah tudung tu. Jangan bagi alasan anda bergaji rendah untuk ditanggung orang lain…kalau dah berkeluarga dan hidup ramai-ramai bawah 1 bumbung, semua tetap kena keluarkan bahagian masing-masing.

2. Pakaian Kotor

Ambik bakul, letak dalam bilik masing-masing. Baju-baju kotor, longgokkan dalam bakul tu dan bila ada masa lapang, hari cuti, sendiri yang basuh, sendiri yang jemur dan sendiri yang lipatkan. Jangan longgok atau letak dalam mesin basuh dan biar. Orang lain nak guna mesin basuh tu dan takde siapa yang bermurah hati sanggup tolong basuh, jemur dan lipat baju-baju awak setiap hari…diorang bukan orang gaji awak.

3. Pinggan Mangkuk

Dah guna, basuh. Jangan letak dalam sinki sahaja sebab sinki tu bukannya jenis automatik basuh pinggan dengan sendirinya…perlu ada manusia untuk basuh pinggan mangkuk yang diletakkan dalam sinki tu.

4. Makanan

Apa yang awak nak makan, masak sendiri. Jangan tunggu orang lain untuk masak mengikut selera awak.Bila orang sibuk kat dapur, jangan awak sibuk tengok tv.Masuk dapur, buat kerje sekali.Jangan time makan ja nampak muka, kalau nak makan sedap-sedap dan tak nak orang lain tumpang, makan kat luar. Bila dah balik, jangan cerita apa yang awak makan…lagi bagus, kalau boleh tapau, bungkus makanan tu untuk orang lain pun rasa sorang sikit.

5. Kebersihan

Kebersihan rumah yang banyak keluarga bawah 1 bumbung adalah tanggungjawab bersama.Nampak rumah kotor, bersihkan…nampak rumah tak kemas, kemaskan…walaupun awak bekerja dan ada orang lain yang tak bekerja tinggal situ, itu bukan alasan untuk awak tak bersihkan rumah, tak kemaskan rumah…awak tetap kena jaga kebersihan rumah tu bersama-sama.

6. Anak-Anak

Jaga dan kawal tingkah laku anak-anak sendiri. Jangan biar anak-anak tu buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain marah. Jangan bagi anak-anak ganggu privacy keluarga lain yang ada sekali disitu. Jangan bagi anak-anak rosakkan harta benda yang ada dalam rumah tu. Jangan bagi anak-anak buat sampah dalam rumah tu.

7. Privacy

Apa yang keluarga lain nak buat, nak beli, nak pergi mana-mana pun, itu hak sepenuhnya diorang dan awak tak berhak nak masuk campur urusan keluarga tu walaupun tinggal sama-sama bawah 1 bumbung. Itu hal keluarga diorang dan awak jaga hal keluarga awak sendiri.

Duduk ramai-ramai bawah 1 bumbung ni sebenarnya tak digalakkan namun jika ada penghalang untuk tinggal berasingan, maka silalah patuhi do and don’t yang disenaraikan. Usahakanlah untuk cuba bina keluarga sendiri di tempat berasingan, di bumbung berlainan tanpa perlu menumpang tinggal ramai-ramai di bawah 1 bumbung.

Banyak mudarat dari manfaat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama yang ketika ini terkandas di kampung ‘terpaksa’ duduk beramai-ramai, tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Perlu saling bertolak ansur, lebih bertimbang rasa patuhi ‘pantang larang’ yang dikongsikan ini, agar lebih bahagia dan tenang walaupun tinggal beramai-ramai.

Petua Berguna

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

Published

on

India Cipta Cip Telefon Dari Taik Lembu “Najis Lembu Mampu Mengurangkan Radiasi Dan Melindungi Manusia”

New Delhi: Cip mesra alam untuk telefon pintar diperbuat daripada najis lembu.

Penemuan itu diperoleh sebuah agensi di bawah kerajaan India, Rahstriya Kamdhenu Aayog (RKA) yang mengumumkan penghasilan cip anti-radiasi yang mampu mengurangkan kadar radiasi daripada penggunaan telefon pintar itu.

Media tempatan melaporkan, Pengerusi RKA, Vallabhbhai Kathiria berkata, cip diberi nama Gausatva Kavach ini dikilangkan syarikat Shrijee Gaushala di bandar Rajkot, India.

Katanya, najis lembu mampu mengurangkan radiasi dan mampu melindungi manusia.

“Secara saintifiknya, cip ini boleh digunakan di telefon pintar untuk melindungi manusia dari penyakit.

“Kami sudah memulakan penyelidikan ini. Kami mahu ada penyelidikan yang kami dianggap sebagai mitos.

“Pelakon terkenal Bollywood Akshay Kumar juga mengamalkan meminum air kencing lembu untuk kesihatan,” katanya.

Menurutnya, cip itu boleh disimpan di dalam kenderaan dan pengurangan radiasi dapat dilihat secara signifikan. Ia dijual pada harga 50 Rupee (kira-kira RM2.80) hingga Rs70 (kira-kira RM4) setiap satu. RKA ialah institut penyelidikan di bawah Kementerian Perikanan, Penternakan Haiwan dan Tenusu di India.

Ia juga berperanan mengendalikan penternakan mengikut garis moden dan saintifik dan mengambil langkah untuk memelihara, memperbaiki keturunan,melarang penyembelihan lembu, anak lembu, lembu lain dan ternakan.

Agensi itu adalah badan penasihat tertinggi tinggi dengan mandat untuk membantu kerajaan India mengembangkan program yang sesuai untuk pemuliharaan, pembangunan lestari dan peningkatan genetik baka asli.

Continue Reading

Petua Berguna

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Published

on

Cara Bersihkan Kuisyen Kereta Hanya RM10 Je! Kalau Hantar Kedai Confirm Kena Kaw2

Kalau kereta famili biasanya tak sah kalau kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, malah air liur anak pun ada. Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihanyang mungkin cecah lebih RM100.

Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.

Kalau hantar kedai mahal

Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta/berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam ! Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni RM6.75. Satu lagi utk tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali.

Step by step bersihkan kusyen

  1. Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
  2. Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.

3. Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.

4. Tunggu dalam 2-3 minit, biar meresap kemudian boleh berus lagi. Lagi best ambil kain basah dan tonyoh pada kotoran.

5. Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering. Tadaa…bersih dah! Jimat pun jimat!

Hasilnya!

Continue Reading

Petua Berguna

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Published

on

10 Tanda-Tanda Yang Perlu Isteri Tahu Bila Suami Ada Orang Lain

Tanda Suami Curang

Benar dan tidak disangkal, ramai juga isteri curang. Namun, apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya, ia bocor sendiri. Jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.

Mari kita tengok, apakah ciri-ciri atau punca suami curang?

1. Marah-marah apabila isteri tanya lokasi suami

Bila isteri tanya, “Malam semalam pergi mana?”. Suami jawab, “Eh, pergi rumah Mizan la, tengok bola Manchester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya, pergilah ‘call’ Mizan tu”, sambil mendengus. Tampak biasa bukan?

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda besar yang tidak baik. Kalau betul, buat apa nak tinggikan suara? Seperkara lagi, suami sangat fobia dengan fungsi ‘location tracking’. Fungsi moden ini, contohnya dari Maxis, iaitu produk Maxis Friend Finder akan membuatkan suami tidak senang duduk.

2. Menjadi samada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan sek sual, ia sesuatu yang pelik. Walau apa pun alasannya, lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumahtangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan, ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan itu dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah ‘bersama’ dengan skandalnya itu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Lantas, isteri di rumah juga menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

3. Tiba-tiba berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Baju kemeja atau t-shirt, hatta jika ingin pergi ke kedai, suami akan seterika sendiri. Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’.

Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.

4. Perubahan sikap suami yang ketara

Sekadar ingatan, antara tanda lain ialah ‘mood‘ suami juga berubah-ubah. Sekejap baik yang melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap baik. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Pada dasarnya, bila suami ada dua orang perempuan lain dalam satu-satu masa, dia berasa takut dan cemas.

5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Sememangnya pelik bukan? Buat apa bawa telefon bimbit atau ‘handphone’ dalam tandas. Alasan suami untuk bermain ‘game’ sebenarnya adalah satu penipuan yang perlu diselidiki. Suami sebenarnya mengambil peluang untuk main mesej dengan skandalnya itu dalam suasana yang tenang tanpa gangguan isteri dan anak-anak.

6. Telefon bimbit ada ‘password‘

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan. Jadi, apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.

7. Menjadi seorang perahsia & tidak mahu bercakap

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri kena selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia ‘penat’ untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.

8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Dulu selalu marah bila isteri berkeinginan malu melawat mak dan ayah. Sekarang, asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. “Ada banyak kerja, selalu balik lambat” katanya. Alasan yang tidak munasabah.

Dulu tidak pernah tolong ‘packing’ beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong siapkan beg, kemas baju dan permainan anak untuk dibawa pulang.

9. Naluri seorang isteri, ‘6th sense‘ atau ‘woman instinct‘ selalunya betul

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri rasa “Macam ada ‘something’ yang tak kena je“, ia sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sekali telahan isteri itu salah. Tidak perlu diperkatakan, setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

10. Terlebih ‘caring’ pada isteri

Selalunya, suami kita tidak begitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi teramat baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama skandal. Sebab itulah asyik senantiasa senyum. Nama pun lelaki, cukup mudah ditafsir.

Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Continue Reading

Trending