Connect with us

Petua Berguna

Tips Rawatan Madu Kelulut. Allahuakhbar Menakjubkan!

Published

on

tips rawatan madu kelulut

Jom Baca 25 Tips Rawatan Menggunakan Madu Kelulut

Kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. tips rawatan madu kelulut

tips rawatan madu kelulut

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,”

25 Tips Rawatan MADU KELULUT:

Selamat Mencuba!

1) GASTRIK

Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam. tips rawatan madu kelulut

2) DEMAM

Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari)

3) KANSER USUS

Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

4) CIRIT-BIRIT

Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

5) ANTIBIOTIK

1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari. tips rawatan madu kelulut

6) BATUK

1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

7) BIBIR PECAH/ULSER MULUT

1 sudu kecil madu kelulut di tempat bibir yang pecah

8) KENCING MANIS (DIABETES)

Dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

9) BENGKAK/BENJOL

1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak.

Mesti baca: 8 Petua Mudah Dan Berkesan Menghilangkan Ulser Mulut

10) CERDAS

2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur. tips rawatan madu kelulut

11) CERGAS

Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

12) DARAH TINGGI

1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

13) KURANG DARAH (ANAEMIA)

Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

14) KUDIS

7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

15) LUKA

Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

16) SAKIT JANTUNG

6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

17) SAKIT PINGGANG

1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

18) SAKIT PERUT

(Perut memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

19) SESAK NAFAS

3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

20) SUSAH TIDUR

2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

21) SEMBELIT

2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu diminum setiap 4 jam.

22) SUARA SERAK

1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

23) KURANG SELERA MAKAN

Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

24) ANAK KENCING MALAM

Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut. Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

25) KESIHATAN ANAK

Madu kelulut dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.

Dah Baca?Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. SHARING IS CARING! Terima Kasih Kifarah Media!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Sebelum Keluar Bekerja, Amalkan Perkara Ini Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga Anda

Published

on

Sebelum Keluar Bekerja, Amalkan Perkara Ini Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga Anda

Setiap perkahwinan, mana mungkin kita harapkan kecundang di kemudian hari. Mestilah kita doakan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.

“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)

Tips yang ingin admin kongsikan ini, bukan sahaja untuk pasangan yang baru berkahwin. Juga boleh diamalkan bagi pasangan-pasangan lama yang ingin memupuk kembali rasa cinta seperti pertama kali mengucapkan “Aku terima nikahnya”.

Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah

Sebelum diri berangkat pergi bekerja seharian, biasakanlah diri cium anak dan isteri anda. Cara yang mudah ini memberi serba sedikit kebahagiaan kepada mereka yang menyatakan kasih sayang ayah terhadap anak dan isteri.

Ketahuilah bahawa kening perempuan merupakan sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan. Pada kening perempuanlah Tuhan menghebuskan sumber ketenangan. Maka tidak hairanlah, jika suami dapat merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

Perempuan menciumkan tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ternyata ada doa yang dipanjatkan di tangan suami, meletakkan doa di sana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja demi orang-orang yang dicintai dan disayanginya.

Ciuman adalah salah satu saranan untuk menyampaikan rasa sayang kepada orang yang kita cintai. Kucupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang kepada anak-anaknya amat diperlukan.

kredit zayan

Continue Reading

Petua Berguna

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Published

on

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Banyak petua orang dulu-dulu yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini, meskipun ada yang tidak ditentu sahkan keberkesanannya dari sudut sains dan kesihatan. Antaranya, petua memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji sebagai tambahan kepada susu anak-anak.

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Imelda Balchin, amalan memberikan air kanji kepada bayi adalah tidak digalakkan sama sekali kerana air daripada rebusan nasi ini hanyalah mempunyai karbohidrat dan tidak cukup protein buat bayi membesar dengan sihat.

Berikut merupakan perkongsian beliau:

Jangan laaa bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang. Kita kena faham,

  1. Zaman dulu, kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari zaman sekarang. Zaman dulu, ibu-ibu bersalin di rumah tanpa bidan bertauliah. Punca utama kematian ibu bersalin zaman dulu ialah pendarahan yang tidak terhenti semasa dan selepas bersalin. Bila ibu meninggal dunia dan tiada ibu susuan lain, mana depa nak cari susu formula? Kalau bagi susu lembu atau susu kambing, bayi akan dapat sakit perut, cirit-birit dan demam, sebab bayi manusia susah nak hadamkan protin dari susu lembu dan kambing. Protin yang susah hadam ini juga membebankan buah pinggang bayi yang masih belum cekap dan akibatnya ramai bayi zaman dulu pun sakit atau meninggal dunia. Jadi zaman dulu, depa terpaksa bagi air kanji.
  2. Zaman dulu, jika ibu-ibu yang mengalami pendarahan yang teruk ini hidup, mereka sangat lemah, sebab zaman dulu tak ada transfusi darah. Ibu-ibu yang kekurangan darah yang teruk ini tak boleh bangun dan badan tak boleh buat susu sehingga kuat semula. Sebab itu mereka tiada pilihan, mereka bagi bayi minum air kanji. Mereka tak bagi ibu bangun, dan ibu kesejukan kena pakai setokin. Bila kekurangan darah, kita kena tahu saluran darah ke kaki akan menguncup untuk mengalihkan darah ke organ-organ ibu yang penting. Sebab itu lah kaki ibu-ibu yang bersalin di zaman dulu sangat sejuk dan kena pakai setokin kerana mereka ada lebih masalah kekurangan darah.
  3. Zaman dulu, ada banyak pantang larang untuk ibu-ibu baru bersalin. Mereka yang bersalin di rumah zaman dulu ada lebih masalah obstetric fistula, iaitu koyakan teruk yang menyebabkan ada lubang di antara pundi kencing dan vagina. Sebab itulah bila mereka minum, air dari pundi kencing yang bocor boleh meleleh keluar ke vagina. Sebab itu lah zaman dulu depa kata kalau minum air banyak selepas bersalin, boleh dapat becak, basah, busuk, rahim kembang. Sebab itu lah zaman dulu, orang tua tak bagi ibu yang baru bersalin minum, sebab ramai ibu di zaman dulu dapat obstetric fistula. Jika ibu tak minum, tak boleh buat susu. Sebab itulah depa terpaksa bagi bayi minum air kanji.

Zaman sekarang, ibu-ibu bersalin di Hospital, kami pastikan pendarahan berlebihan dihentikan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Ada ibu, ada susu ibu. Zaman sekarang, Ibu yang lemah sebab kekurangan darah akan ditambah balik darah ibu dengan transfusi darah, supaya kuat semula dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Ibu sihat, ada susu ibu.

Zaman sekarang, kami tak benarkan masalah obstetric fistula ini berlaku lagi. Kami tak benarkan ibu melalui proses labour terlalu lama berhari-hari dan kami tak benarkan ibu teran terlalu lama berjam-jam. Jika susah nak bersalin, kami buat pembedahan Caesar, atau kami bantu dengan vacuum. Jika koyak, kami jahit semula. Kami tak benarkan ibu-ibu dapat obstetric fistula seperti zaman dulu dan seperti yang masih lagi berlaku kepada 140 ribu ibu setahun di benua Afrika di zaman sekarang. Kami akan pastikan yang ibu-ibu selepas bersalin TIADA becak, dan boleh kencing dengan betul, melalui saluran kencing yang betul, sebelum dibenarkan pulang ke rumah dari Hospital. Jadi ibu-ibu yang bersalin di zaman sekarang, digalakkan minum air dengan cukup supaya tidak kehausan dan boleh buat susu ibu banyak-banyak.

Kami galakkan ibu-ibu supaya kerap menyusukan bayi supaya meningkatkan produksi susu badan. Kami tak bagi ibu pantang makanan berkhasiat di Hospital supaya boleh buat susu ibu. Jika ibu sakit dan tak boleh buat susu, baru bagi bayi tambahan susu formula, bukan air kanji dan bukan susu lembu atau susu kambing.

Kenapa tak boleh bagi air kanji? Sebab air kanji hanya karbohidrat, tak cukup protin untuk bayi membesar. Sebab inilah di Indonesia di mana masih ramai yang masih mengamalkan air kanji untuk bayi ada masalah pembesaran bayi yang TERBANTUT. Sebab inilah kerajaan Indonesia membuat kempen AIR SUSU IBU untuk rakyat Indonesia, semoga berhenti memberi air kanji kepada bayi.

Nak bagi air kanji atau bubur nasi, boleh bagi selepas umur 6 bulan sebagai makanan pelengkap.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Yakin lah dengan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan doktor-doktor perubatan Malaysia. Dengarlah nasihat kami. Kami hanya mahukan kesihatan yang terbaik untuk ibu-ibu dan bayi.

Continue Reading

Petua Berguna

Anda Sukar Untuk Hamil? Jom Baca 6 Tanda Rahim Wanita Jatuh Atau Jatuh Peranakan

Published

on

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Ibu harap anda semua sihat. Ibu Dhia dalam entri kali ini ingin berkongsi pada semua tentang satu situasi yang kerap berlaku oleh ibu-ibu selepas bersalin iaitu Rahim Jatuh. Mesti semua pernah dengar kan? Masalah rahim jatuh ini amat bahaya sekiranya tidak dirawat seawal mungkin.

Punca-punca rahim turun

1. Jatuh terhentak yang kuat
2. Angkat benda yang berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti (Berat berlebihan)
6. Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh

1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Tanda awal rahim jatuh

1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cuba Check

1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

Harapnya dengan perkongsian ini, dapat membantu anda semua menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. Lepas baca, tunggu apa lagi? Share la jika bermanfaat ya

Continue Reading

Trending