Connect with us

Petua Berguna

Khasiat Daun Ketum yang Orang Ramai Tidak Tahu!

Published

on

khasiat daun ketum

Khasiat Daun Ketum yang Orang Ramai Tidak Tahu!

Bila bercakap mengenai daun ketum, sudah tentu interpretasi yang buruk akan timbul seperti khayal, mabuk dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, daun ketum sangat banyak khasiatnya. Cuma yang merosakkan nama daun ketum ini ialah individu yang sudah mencampur daun ketum dengan pelbagai bahan yang merbahaya seperti ubat gegat, ridsect, ubat batuk dan sebagainya lalu menjadikan air ketum itu air untuk melepaskan ketagihan. khasiat daun ketum

Daun ketum sememangnya di akui herba yang menpunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu,tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.Selain itu daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. khasiat daun ketum

khasiat daun ketum

Mesti baca: Inilah 8 Khasiat Pokok Lidah Buaya yang Orang Ramai Tidak Tahu!

Herba lain mungkin menpunyai kelebihan gengan cara tindak balas yang berlainan,tetapi daun ketum amat mujarab dalam dalam menurunkan kadar gula dalam darah pada masa yang singkat.Kemanpuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat munkin adalah penting terutama untuk pesakit yang menpunyai luka dan bengkak (diabetes feet) untuk menbantu memulihkan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat dua jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun,bentuk kedua daun lebih kurang sama. Satu adalah berwarna hijau dan satu lagi menpunyai urat daun berwarna merah yang boleh dilihat jelas belakang daun Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab. khasiat daun ketum

Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. khasiat daun ketum

Tuntasnya, pengambilan ketum yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan pengamalnya berasa sakit pada urat saraf dan sendi apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketum, selepas dos yang ada di dalam badan telah berkurangan, disebabkankan kesakitan yang tak dapat kita gambarkan inilah mereka yang mengamalkan air ketum itu tadi terpaksa mengambil air ketum dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketom secara tidak terkawal. Jadi hindari tabiat buruk mengamalkan air ketom secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan, nanti susah nak cari cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketum ini.

Dah Baca?Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. SHARING IS CARING! Terima Kasih Kifarah Media!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Published

on

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Bila duduk beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik, ipar duai di bawah satu bumbung, permulaannya memang seronok belaka, namun lama kelamaan jika beberapa perkara diambil ringan, yang ‘mewangi’ mula jadi ‘busuk’. Silap-silap boleh timbul pergaduhan dan persilihan faham dalam keluarga.

Ada perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan, bila tinggal sebumbung ni.

Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini apa yang perlu kita lakukan jika kita duduk ramai-ramai bawah satu bumbung.

1. Barang Dapur (Mentah dan Kering)

Sama-sama kena beli, kena tambahkan apa yang kurang dalam rumah tu…tak boleh setiap bulan, hanya 1 keluarga sahaja yang keluarkan duit belanja untuk barang-barang tersebut dan yang lain-lain hanya guna apa yang ada dalam peti ais, di dapur dan bawah tudung tu. Jangan bagi alasan anda bergaji rendah untuk ditanggung orang lain…kalau dah berkeluarga dan hidup ramai-ramai bawah 1 bumbung, semua tetap kena keluarkan bahagian masing-masing.

2. Pakaian Kotor

Ambik bakul, letak dalam bilik masing-masing. Baju-baju kotor, longgokkan dalam bakul tu dan bila ada masa lapang, hari cuti, sendiri yang basuh, sendiri yang jemur dan sendiri yang lipatkan. Jangan longgok atau letak dalam mesin basuh dan biar. Orang lain nak guna mesin basuh tu dan takde siapa yang bermurah hati sanggup tolong basuh, jemur dan lipat baju-baju awak setiap hari…diorang bukan orang gaji awak.

3. Pinggan Mangkuk

Dah guna, basuh. Jangan letak dalam sinki sahaja sebab sinki tu bukannya jenis automatik basuh pinggan dengan sendirinya…perlu ada manusia untuk basuh pinggan mangkuk yang diletakkan dalam sinki tu.

4. Makanan

Apa yang awak nak makan, masak sendiri. Jangan tunggu orang lain untuk masak mengikut selera awak.Bila orang sibuk kat dapur, jangan awak sibuk tengok tv.Masuk dapur, buat kerje sekali.Jangan time makan ja nampak muka, kalau nak makan sedap-sedap dan tak nak orang lain tumpang, makan kat luar. Bila dah balik, jangan cerita apa yang awak makan…lagi bagus, kalau boleh tapau, bungkus makanan tu untuk orang lain pun rasa sorang sikit.

5. Kebersihan

Kebersihan rumah yang banyak keluarga bawah 1 bumbung adalah tanggungjawab bersama.Nampak rumah kotor, bersihkan…nampak rumah tak kemas, kemaskan…walaupun awak bekerja dan ada orang lain yang tak bekerja tinggal situ, itu bukan alasan untuk awak tak bersihkan rumah, tak kemaskan rumah…awak tetap kena jaga kebersihan rumah tu bersama-sama.

6. Anak-Anak

Jaga dan kawal tingkah laku anak-anak sendiri. Jangan biar anak-anak tu buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain marah. Jangan bagi anak-anak ganggu privacy keluarga lain yang ada sekali disitu. Jangan bagi anak-anak rosakkan harta benda yang ada dalam rumah tu. Jangan bagi anak-anak buat sampah dalam rumah tu.

7. Privacy

Apa yang keluarga lain nak buat, nak beli, nak pergi mana-mana pun, itu hak sepenuhnya diorang dan awak tak berhak nak masuk campur urusan keluarga tu walaupun tinggal sama-sama bawah 1 bumbung. Itu hal keluarga diorang dan awak jaga hal keluarga awak sendiri.

Duduk ramai-ramai bawah 1 bumbung ni sebenarnya tak digalakkan namun jika ada penghalang untuk tinggal berasingan, maka silalah patuhi do and don’t yang disenaraikan. Usahakanlah untuk cuba bina keluarga sendiri di tempat berasingan, di bumbung berlainan tanpa perlu menumpang tinggal ramai-ramai di bawah 1 bumbung.

Banyak mudarat dari manfaat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama yang ketika ini terkandas di kampung ‘terpaksa’ duduk beramai-ramai, tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Perlu saling bertolak ansur, lebih bertimbang rasa patuhi ‘pantang larang’ yang dikongsikan ini, agar lebih bahagia dan tenang walaupun tinggal beramai-ramai.

Continue Reading

Petua Berguna

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Published

on

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Ketika keluar mencari rezeki demi menyara keluarga, seorang wanita Noor Aklima Husin setia ditemani suaminya yang terbaring di kerusi roda sejak 16 tahun lalu.

Dahulunya wanita berusia 41 tahun menjual buah di tepi jalan, tetapi kini dia cuba menanam nanas di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dengan tunjuk ajar suami yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang.

Menurut Noor Aklima, suaminya yang berusia 38 tahun itu tahu selok-belok mengenai penanaman nanas bagi menguruskan 50,000 pohon nanas jenis madu kaca yang mula ditanam hampir tiga minggu lalu.

“Dalam keadaan terbaring di kerusi roda, suami akan memberi tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan bermula dari peringkat awal penanaman lagi kerana saya langsung tiada ilmu dalam bidang pertanian.

“Setiap hari bermula pagi sehingga petang kami akan berada di kebun ini dan sama-sama memantau proses penanaman nanas…

“…dan boleh dikatakan kami saling melengkapi kerana saya ada kudrat untuk bekerja manakala suami pula walaupun tidak berdaya tapi dia ada ilmu (penanaman nanas),” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Oleh kerana kerap diserang sawan dan sesak nafas, dia tidak sanggup meninggalkan suami berseorangan di rumah malah akan mengusung ke mana sahaja.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, menjaga suami lumpuh tidaklah sukar walaupun perlu menolak kerusi roda sambil membawa beg air kencing yang tersangkut di sisi.

“Walaupun suami lumpuh dia tetap cuba sedaya upaya memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan tidak membiarkan saya berseorangan.

“Menguruskannya pun tidaklah sukar walaupun makan perlu disuap dan memakai lampin pakai buang kerana ada kalanya saya dibantu dua anak yang berusia 13 dan 17 tahun,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Continue Reading

Petua Berguna

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Published

on

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Lelaki memang terkenal dengan sikap suka mengusik. Kadang-kala perangai mereka yang suka mengusik tu boleh meriuhkan suasana dan membuatkan si wanita ketawa, tetapi ada juga gurauan mereka yang melampaui batas.

Dan apabila asyik orang yang sama je disakatnya macam ada sesuatu yang tak kena. “Kenapa asyik sakat orang tu je? Kau suka kat dia ke apa?”.

Ada pula tu yang sampai perhati dekat-dekat nak tengok sama ada wanita tu ketawa atau tak endah ketika disakat. Rasa annoying kan?, lagi-lagi kena sakat masa mod tengah serius.

Namun, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat si wanita berasa marah, sengaja cabar tahap kesabaran. Apa yang dorang nak sebenarnya?

Ini antara penyebab kenapa lelaki suka mengusik wanita.

Sifat semula jadi lelaki

Mengusik, menyakat atau mengenakan orang sudah menjadi perangai lelaki untuk cuba merapatkan hubungannya atau mendapatkan perhatian dari wanita itu. Bagi dorang, bosanlah hidup kalau tak dapat mengusik orang dalam sehari.

Rasa macam tak lengkap je aktiviti seharian. Lagi-lagi bila orang yang diusiknya respon dengan marah-marah, lagi bertambah seronok la dia nak mengusik.

Tak nak suasana krik-krik

kadang-kala bosan juga bila suasana sunyi je, atleast bila dapat sakat sikit sorang dua barulah suasana riuh dan ceria kan. Tak nak lah asyik serius je memanjang.

Tapi biasanya lelaki macam ni dah standby geng dorang untuk datang mengusik. Kalau sorang-sorang manalah berani, senang-senang la kalah dengan perempuan.

Berkenan atau suka dalam diam

Dah berkenan tapi malu nak mengaku, malu nak luahkan perasaan suka, atau kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Oleh itu mengusik adalah teknik yang dorang rasakan sesuai untuk memulakana komunikasi dengan wanita yang diminati.

Bila dah mula mengusik ni secara tak langsung boleh mengurangkan perasaan malu yang dirasainya itu.

Sebab cantik dan mempunyai senyuman yang manis

Mungkin korang rasa macam pelik je dengan sebab ni. Tapi memang benar, senyuman dan gelak tawa si wanita dengan mimik muka dan riaksinya yang comel membuatkan si lelaki suka untuk mengusik. Dahsyat kan.

Testing mood marah wanita

Dalam banyak-banyak cara sakat yang paling menyakitkan hati adalah bila dorang sengaja menguji tahap kesabaran. Buat lawak yang hambar atau kasar yang kadang tu seperti mengejek dan menghina.

Memang tak suka tengok orang lain senang agaknya. Tetapi menurut satu sumber, lelaki sengaja membuatkan seseorang wanita tu marah sebab mereka suka dengan perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika sedang marah.

Logik juga, kalau tiada perasaan takkan lah nak mengusik pula. Lagi-lagi bila si wanita boleh terima gurauan tersebut.

Antara faktor lain adalah kerana wanita tu garang. Jadi dorang terhibur bila tengok si wanita marah-marah. Macam ni pun ada ya.

Oleh itu, dinasihatkan pada korang, dalam gurauan ada batasnya, jangan niat kita nak mengusik bagi merapatkan hubungan tapi pada akhirnya berlaku sebaliknya, ada yang bergurau kasar sehingga dibenci.

Dan tips untuk wanita pula kalau nak hentikan lelaki yang sering mengusik korang, tak kira la semasa dalam kelas atau pun di tempat kerja. Cuba buat-buat tanya dia dengan suara lantang, “aku tengok kau selalu sangat kacau aku, kau suka aku eh?”. Mungkin dengan soalan macam ni membuatkan si lelaki tersebut rasa malu dan berhenti dari mengusik korang. Selamat mencuba.

Continue Reading

Trending