Kisah Gajah Berjalan Sejauh 25KM Gara-Gara Mahu Bertemu Tuannya Yang Menanti Mauuvt, Paling Sedih Bila Gajah Tu Seakan Mengucup

Siapa kata manusia tidak boleh berkawan baik dengan haiwan? Baru-baru ini, tular cerita mengenai seekor gajah yang sanggup berjalan sejauh 25 kilometer demi mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada penjaganya yang tenat dan hanya menunggu masa untuk pergi. Tepat sebelum penjaganya yang bernama Damodaran Nair itu meningg4al dunia, mendiang sempat menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan gajah tersebut untuk kali terakhir.

Namun, yang paling meruntun hati adalah apabila gajah itu menyentuh mayat Damodaran ketika di majlis pengebumiannya. Kelakuan binatang tersebut membuatkan orang ramai yang berada di situ menitiskan air mata kerana terlampau menyedihkan.

Tidak berupaya menahan kesedihan tersebut, anak mendiang Damodaran, memeluk gading gajah tersebut sambil menangis. Gajah tersebut kemudian memberikan penghormatan terakhirnya untuk bekas penjaganya itu dengan melangkah mundur dari mayat Damodaran sebelum melengkungkan belalainya berkali-kali dan berjalan keluar dari kawasan pengebumian itu.

Menurut saudara-mara mendiang, sepanjang hayatnya, Damodaran telah bergiat aktif sebagai penjaga dan pelatih gajah selama 60 tahun. Dalam tempoh 25 tahun terakhir, mendiang sempat mengenali gajah yang satu itu yang mana mereka kemudian menjadi pasangan luar biasa yang sering berganding tenaga dalam pelbagai acara festival utama.

Kali terakhir pasangan manusia dan haiwan itu memeriahkan acara adalah pada April lalu. Menurut pemilik gajah tersebut, Rajesh Pallattu, ia merupakan keinginan terakhir mendiang untuk bertemu dengan gajah kesayangannya itu untuk kali terakhir dan mereka berhasrat untuk menunaikannya.

Dia sempat berjumpa dengan mendiang ketika keadaan kesihatannya bertambah teruk, dan mendiang menyatakan hasrat untuk bertemu dengan gajah itu beberapa minit sebelum meninggal dunia.

“Mereka menjalin hubungan yang bermakna sejak bertahun-tahun yang lalu. Dia menganggap Brahmadathan (nama gajah) sebagai anaknya,” kata Rajesh. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Rajesh akhirnya bertekad untuk membawa gajah tersebut berjumpa dengan mendiang buat kali terakhir. “Ketika itulah kami memutuskan untuk memenuhi permintaan terakhirnya. Kami kemudian membawa gajah dari rumah saya di Melampara ke Lakkattoor, yang berjarak 25 kilometer antara satu sama lain,” ujarnya.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*