Lelaki Dihalang Naik Feri Gara-Gara Tiada Surat Rentas Nekad Terjun Dalam Laut Mahu Rentas Selat Pulau Pinang

Seorang lelaki nekad berenang merentasi Selat Pulau Pinang dari jeti feri Tanjung City Marina, hanya kerana tidak mendapat kebenaran merentas daerah demi bertemu rakannya. Memetik laporan dari Astro AWANI, dalam kejadian jam 6 petang lelaki berusia 28 tahun itu bagaimanapun keletihan dan terpaksa berpatah balik sebelum petugas Penang Port Sdn Bhd.

“Berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu dia nekad untuk berenang ke Seberang Perai kerana mahu berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja. Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Pihak polis juga berjaya menghubungi ibu lelaki itu dan dimaklumkan anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan  dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah. Lelaki itu juga sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan mendapati beliau patah tangan kanan.

Insiden ini tular pada Rabu menerusi beberapa hantaran di media sosial selepas beliau dihalang menaiki feri kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri. Lelaki itu kemudian nekad untuk terjun dari feri sebelum terapung dalam keadaan lemah dan diselamatkan oleh pekerja Penang Port Sdn Bhd.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*