Lelaki Jumpa Pedang Yang Berusia 900 Tahun Semasa Zaman Perang Salib

Seorang penyelam di Israel dilapor telah menemui pedang yang berasal dari zaman Perang Salib di pesisir pantai Mediterranean.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Menurut NBC News, Shlomi Katzin telah melakukan selam skuba pada hujung minggu lalu di pantai Carmel ketika dia menemui beberapa artifak yang terdampar di dasar laut termasuk sauh batu dan logam, serpihan tembikar dan pedang. Pakar menganggarkan bahawa pedang itu berusia sekitar 900 tahun lalu.

Pengarah unit arkeologi marin Israel berkata pantai di situ memiliki banyak teluk semula jadi yang menjadi lokasi untuk kapal-kapal berlindung dari ribut. Ketika itu, mereka akan meninggalkan banyak harta karun arkeologi.

Sementara itu, Katzin telah mengambil pedang itu dan melaporkan penemuannya kepada badan antik kerana takut ia akan dicuri atau ‘terkubur’ lebih dalam lagi.

“Pedang yang terpelihara dalam keadaan sempurna itu merupakan penemuan yang indah dan jarang berlaku, ia jelas sekali milik seorang kesatria Tentera Salib,” kata inspektor unit pencegahan rompakan pihak berkuasa antik Israel, Nir Distelfeld.

Bilah pedang itu dipercayai diperbuat daripada besi yang berukuran sekitar 40 inci dan pemegang sekitar 14 inci. Penemuan itu menjadi petunjuk bahawa kawasan itu berfungsi sebagai pelabuhan keil sementara untuk kapal yang mencari perlindungan seawal  Zaman Akhir Gangsa iaitu 4000 tahun lalu.

Sebagai ganjaran di atas penemuan itu, kerajaan telah memberikan sijil penghargaan kepada Katzin. Difahamkan, pedang itu akan dipamerkan kepada umum setelah ia dibersihkan dan diteliti.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*