Lelaki Sanggup Bah4yakan Diri Merentas Laut Dengan Menggunakan Gabus. Rupanya Ia Pernah Ditahan Sebelum Ini

Seorang lelaki yang didakwa mahu membuat percubaan rentas daerah untuk kali kedua telah dikesan menaiki sebuah pelampung gabus stryrofoam dari bahagian pulau di negeri Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut. Menurut akhbar Kosmo!, lelaki itu telah dikesan oleh pihak berkuasa ketika dia sedang berada di laut sebelum berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasan yang kemudiannya membawanya naik ke atas bot mereka.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Beberapa keping gambar dan video yang memaparkan tindakan nekad lelaki tersebut telah dilaporkan menjadi tular di media sosial. Lelaki tersebut dapat dilihat tertiarap di atas sebuah bongkah gabus kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit.

Lelaki tersebut turut dilihat membawa sama sebuah beg galas sambil menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuhnya. Menurut pengguna Facebook, lelaki itu didakwa merupakan individu yang sama pernah diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. yang dikesan berenang ke Seberang Perai untuk merentas daerah.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*