Lelaki Tak Sangka Sebenarnya Ada Tinggalan Misteri Dalam Kebunnya, Sehinggalah Pakar Sejarah Rungkai Ia Barang Berharga

Selama lebih 25 tahun tinggal di situ, keluarga ini langsung tidak menyedari bahawa dalam kawasan kebun mereka terdapat sebuah binaan dipercayai rumah era Gothic semasa abad ke-17. Segalanya bermula apabila John, 62, mahu membersihkan seluruh kawasan rumahnya (termasuk kebun terbiar) kerana akan menjual lot itu dan berpindah ke tempat lain. Bagaimanapun ‘langkahnya’ terhenti apabila menyedari terdapat binaan dipercayai struktur sebuah folly setinggi 12 kaki yang dibina daripada cangkerang tiram, tulang, rahang serta gigi lembu dan biri-biri.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Mengikut terjemahan, folly merupakan sebuah binaan berupa pondok kosong yang menjadi tempat berehat. Biasanya ia dibina di kawasan taman-taman, rumah ataupun gereja. Menurutnya, folly itu dijumpai dalam kawasan kebun terbiar yang langsung tidak pernah disedarinya sejak 25 tahun lalu, malah John mempercayai ianya dibina oleh golongan bangsawan.

“Saya baru nak mula bersihkan kawasan ini dan buang segala semak-samun di sini, tapi saya perasan ada sesuatu yang terbina. Kawasan (terbiar) ini memang kami tinggalkan dan biarkan. Malah ada juga hidupan liar yang tinggal di sini seperti bejar (badger),” katanya, memetik laporan Metro.

Terkejut dengan penemuan itu, John meminta menantunya untuk mengambil beberapa gambar folly itu dan menularkannya ke media sosial untuk perhatian awam. Gambar-gambar itu ternyata menarik minat ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, salah satu pihak yang datang ke rumahnya ialah daripada National Trust dan beberapa ahli sejarah lain.

“Mereka (ahli sejarah) berkata, selama tempoh mereka melawat dan mengkaji taman-taman bersejarah di sekitar Birmingham ini, tak pernah mereka temui binaan macam ini. Mereka agak terkesima, betapa terpeliharanya folly ini, sebilangan batu-batanya kelihatan seperti seni bina orang Georgia walaupun potongan kayu di dalamnya telah lama hilang,” tambahnya.

Difahamkan, manusia yang membina folly ini mengambil bahan-bahan binaan (gigi, tulang dan cangkerang) daripada rumah sembelihan daging berdekatan situ (pada zaman itu). Ahli sejarah tersebut menganggarkan folly itu dibina pada pertengahan 1700an, namun penyelidikan lanjut perlu dibuat ekoran dipercayai masih banyak lagi ‘misteri’ yang belum terungkai mengenainya.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*