M4yat Seorang Wanita Kelahiran Malaysia Ditemui Tanpa Kep4la Di London

M4yat seorang wanita asal Malaysia tanpa kep4la ditemui di sebuah kawasan hutan di pinggir bandar Devon  selepas m4ngsa dilaporkan hilang sejak 11 Jun lepas, lapor akhbar Evening Standard semalam. Mee Kuen Chong, 67, yang turut dikenali sebagai Deborah kali terakhir dilihat di kota raya London pada 10 Jun lalu. Dia dilaporkan hilang oleh polis Britain pada keesokan harinya.

Polis menyifatkan kem4-tian itu sebagai ‘kem4-tian yang tidak dapat dijelaskan’. Pada Ahad lepas, polis dikejarkan ke sebuah kawasan hutan di pinggir Devon pada pukul 5 petang (waktu tempatan) selepas m4yat Kuen Chong ditemui. Seorang jurucakap polis berkata kelmarin, pihaknya percaya m4yat itu telah berada di situ selama beberapa hari.

“Polis sedang menyiasat sebarang kemungkinan berkaitan kem4-tian Kuen Chong dan buat masa ini kami sedang mengumpul maklumat daripada orang awam bagi menjejaki pergerakan terakhirnya. Bagi sesiapa yang ada terlihat m4ngsa antara 10 Jun hingga 27 Jun lepas, diharap dapat tampil memberikan maklumat,” katanya. Kuen Chong telah menetap di Wembley, London sejak tahun 2004

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*