‘Macam tak percaya mak dah terkulai kat situ’ – Ibu m4ut nah4s ngerl, enam beradik yatim sekelip mata

‘Macam tak percaya mak dah terkulai kat situ’ – Ibu m4ut nah4s ngeri, enam beradik yatim sekelip mata

HULU LANGAT – Pilu, enam beradik menjadi yatim sekelip mata apabila ibu mereka terkorb4n dalam satu kem4langan ngerl di sini kelmarin.

Allahyarhamah Rosni Abd Razak, 44, yang bekerja sebagai pengawal keselam4tan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua m4ut selepas didakwa dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian sekitar pukul 1 tengah hari di hadapan Maahad Tahfiz Wadi Faham, Batu 17, Dusun Tua di sini.

Anak arw4h, Muhd Amirul Azri, 22, berkata, kem4langan itu mer4gut ny4wa ibunya yang ketika itu sedang dalam perjalanan menaiki motosikal ke tempat kerja dari rumah selepas waktu rehat.

“Dalam perjalanan itu, kereta itu datang dari arah bertentangan dan terus mel4nggar dan seret mak ke pokok (semak). Kereta itu berpusing dua kali tak silap saya dan mak pada waktu itu berada (terseret) di bawah kereta.

“Semasa orang-orang di situ mengalihkan mak, mak masih sedar dan menyahut lem4h. Namun selepas dialihkan, mak terus menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli semalam.

Jelasnya, arw4h ibunya dilaporkan mengalami keceder4an par4h di bahagian kaki, pinggang, dada dan berlaku pend4rahan di muka, sebelum disahkan meningg4l dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta berkenaan difahamkan mengalami pat4h kaki, manakala seorang penumpang pula mengalami pat4h bahu dan pend4rahan di kep4la.

Laporan polls dan tindakan lanjutan sudah dibuat pada hari kejadian, dalam masa sama jen4zah Rosni telah dibawa ke Hospital Serdang bagi menjalani proses bed4h si4sat serta ujian saringan COVID-19.

“Keputusan saringan mak dijangka mungkin hari ini. (Pengebumi4n jen4zah) paling lewat pun Selasa esok, sebab nak tahu keputusan COVID-19 dulu,” tambahnya.

Kehilangan besar buat mereka

Dalam pada itu, kata Amirul, kehilangan sekelip mata itu memberi kesan besar kepada adik-beradiknya yang lain, tambahan pula mereka sudah lama dijaga arw4h ibunya selepas kedua-dua orang tua mereka berpisah.

“Ayah dengan mak dah bercer4i selama tujuh tahun, jadi maklah yang tanggung kami selama ini. Ketika kejadian itu berlaku, adik saya macam tak percaya benda ini berlaku. Bak kata orang, terngiang-ngiang dalam kepala.

“Paling kecil berumur 13 tahun, dia selalu dengan mak. Memang manja. Kami semua memang rapat dengan mak. Jadi macam satu kehilangan besarlah bagi kami.


“Sebab tujuh tahun mak besarkan kami kan, kami macam tak percayalah benda ni jadi depan mata. Itulah..bahagia, marah, ketawa, bergurau semua dengan mak. Tiba-tiba kali ini tak boleh nak bergurau, tak boleh nak dengar marah, lepas itu tak boleh nak rasa masakan mak lagi. Itulah..” luahnya sebak.

Difahamkan, ketika saat-saat ‘akhir’ sebelum kejadian, arwah Rosni tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang pelik.

“Ini bergurau ke apa..”

Sebaik nahas itu berlaku, adiknya menerima panggilan daripada rakan setugas ibunya dari IKBN untuk memaklumkan apa yang terjadi, namun tidak semudah itu berita tersebut ‘diterima’.

“Dia cakap ‘ni gurau ke apa?’. Adik pun pergi sana. Adik nombor empat sampai dulu sebelum saya, kemudian diikuti adik-adik yang lain.

“Macam tak percayalah mak kita terkulai kat situ, kemalangan teruk. Macam mana mak kami jadi macam ni…” luahnya.

Bertindak atas dasar simpati, saksi kejadian, Ramlah Jais memaklumkan pihaknya telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mereka semalam sebagai tanda ihsan dan sokongan atas tragedi yang menimpa.


Jelas Ramlah, beliau turut menyampaikan nasihat serta kata-kata positif buat mereka semua agar tabah menghadapi ujian berat tersebut, dalam masa sama memastikan kebajikan adik-adik terbela semuanya.

Difahamkan, selepas tragedi tersebut, ada antara mereka kini berada di bawah jagaan nenek di Lot 680, No. 6F, Jalan Besar Batu 18, Hulu Langat.

Arwah Rosni meninggalkan keenam-enam anaknya sebagai yatim iaitu Muhd Amirul Azri, 25, juruteknik di Melaka; Muhd Amirul Azri, 22, pengawal keselamatan di gudang gas di Batu 1o; Siti Nurul Ain, 20, siswa tahun tiga di Segi College, Subang; Muhd Alan Redza, 18, tidak bekerja; Siti Laila Najwa, 16, dan terakhir Muhd Hairi Izzat, 13, masing-masing pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan kepada Amirul Azri melalui nombor akaun 1641 3759 3048 (Maybank) atas nama MUHAMAD AMIRUL AZRI BIN FAIZUL.

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk melalui Amirul di talian 019-676 3998 atau Puan Ramlah Jais di talian 011-1058 3034.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*