Mahu Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz, Akan Umumkan Persaraan Dari Dunia Lakonan, Rita Rudaini Mahu Fokus Ilmu Agama

Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar mengakui sudah bersedia untuk mengundurkan diri dalam dunia lakonan sebelum usianya mencapai 50 tahun. Biarpun banyak spekulasi yang melanda sebelum ini, niatnya ini mahu menjaga hati dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang akan bersekolah di sekolah tahfiz.

Pelakon ini juga memaklumkan tidak mahu selamanya bergelar pelakon dan menganggap ini keputusan demi masa depan anak-anaknya.

“Saya hanya mempunyai tempoh antara tiga hingga empat tahun sebelum bersara. Pada usia 50 tahun, saya mahu berhenti bergelar pelakon. Saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan belajar ilmu agama. Sebenarnya, saya merancang menghantar Rayyan dan Arjuna mengikuti pengajian di sekolah tahfiz.

“Saya tak mahu anak-anak melihat saya gigih berlakon ketika itu. Saya kena jaga hati anak-anak,” katanya. Ibu kepada dua orang anak ini juga menyatakan impian ingin menceburi dunia perniagaan bagi kelangsungan hidup.

“Saya ingin menikmati hidup dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Sejujurnya, saya seronok duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Saya dapat meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama,” ujarnya.

Rita berharap agar anak-anaknya akan mendapat pengajian yang baik di sekolah tahfiz kelak dan memohon doa peminat agar sentiasa menyokongnya biarpun sudah bersara nanti.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*