Mahu Pulang Cepat Dari Luar Negara Gara-Gara Ayah Sedang Tenat, Ini Jawapan Ayah Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew pendakwah yang terkenal dengan sifat dermawan. Kesungguhannya turun padang membantu ramai orang di dalam dan luar negara adalah satu perkara yang luar biasa walaupun beliau bukanlah individu paling kaya di Malaysia atau terlibat dengan politik.

Aktivis masyarakat berusia 36 tahun sedang dalam misinya melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Dalam hantaran yang terbaru, Ebit memaklumkan kondisi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew yang sedang tenat dan menerima rawatan di hospital. Beliau juga memohon orang ramai mendoakan bapanya.

“Pohon doakan ya. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital dijaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya ALLAH sembuhkanlah ayahku,” kata anak kelahiran Muadzam Shah itu.

Lebih memilukan, bapanya sempat meminta supaya Ebit menyelesaikan tugas walaupun tahap kesihatan membimbangkan dan adakalanya tidak sedarkan diri. Selain itu, Ebit juga mengesahkan akan pulang ke tanah air.

“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah. Insya ALLAH akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” ujar Ebit. Rata-rata warga maya mendoakan kesembuhan bapa Ebit dan berharap beliau selamat pulang ke tanah air.

“Didoakan semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan dengan sebaik-baiknya. Diringankan segala kesakitan dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Buat Ustaz Ebit Lew dan team semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan selamat pulang ke tanah air.”

“Semoga diberi kesembuhan sihat tubuh badan seperti sedia kala.Mudah-mudahan dikurniakan kesembuhan untuk ayahanda ustaz dan dipermudahkan urusan ustaz dan team yang lain.”

April lalu, Ebit memaklumkan bapanya yang berusia dimasukkan ke ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Semalam, sumber daripada Wisma Putra mengesahkan pendakwah bebas itu masih berada di Kaherah, Mesir dan belum berjaya memasuki Gaza.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Ebit Lew juga masih mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa bagi memudahkan urusan kemasukan ke Gaza. SinarPlus mendoaan kesihatan bapa Ebit semakin pulih. Sama-samalah kita mendoakan segala urusan beliau dipermudahkan.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*