Makin Senang Untuk Penjawat Awam Beli Rumah! Mesti Baca!

MAKIN SENANG PENJAWAT AWAM BELI RUMAH.

Tolong share berita baik ni kepada semua penjawat awam tau. Ini adalah berita terbaru pasal pengecualian potongan pinjaman perumahan bagi pengiraan pendapatan bersih penjawat awam!

Lepas ni korang yang ada personal loan berlapis-lapis, komitmen tinggi cecah bulan pun boleh lulus pinjaman LPPSA dengan mudah, walau baki gaji setiap bulan korang adalah negatif.

Tapi, pandai-pandailah korang cari duit tepi untuk cukupkan belanja bulanan korang tu. Jual burger malam-malam ke, buat bisnes online jual tudung ke. Jangan kau swipe kad kredit sudahlah.

“Bagi memastikan hasrat tersebut terlaksana, dimaklumkan bahawa potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji pegawai.”

“Ini bermakna pegawai layak memohon pinjaman perumahan walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%.”

Berita ini sangat bagus untuk pelabur hartanah penjawat awam. Mudahlah dorang beli rumah maksimum kelayakan dan 100% pembiayaan lepas ni. Yang bijak, akan tahu apa nak buat dengan kelebihan ini.

Yang tak bijak, hanya menambah sengsara.

Nota: Pengecualian ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi boleh digunapakai dalam semua jenis skim perumahan.

SHARE jika bermanfaat.

Sumber: harithfaisal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*