“Malaysia Adalah Satu-Satunya Negara Di Dunia Yang Melakukan ‘Paling Lama Tetapi Kes Penularan Pandemik Covid-19 Tidak Dapat Dibendung”

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang melakukan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama tetapi kes penularan pandemik Covid-19 tidak dapat dibendung.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kes jangkitan harian wabak itu masih naik-turun dan belum menampakkan titik akhir.

“Sebab itu, sekali lagi saya tegaskan pendekatan PKP tanpa melihat kepada butiran terperinci (kes) tidak akan berkesan. Ia hanya akan menyeksa rakyat dengan pembatasan-pembatasan (sekatan) tetapi kesannya tidak ada,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Anwar menegaskan, negara akan terus bergelut untuk menangani pandemik ini ekoran keupayaan Malaysia untuk memperoleh bekalan vaksin Covid-19 adalah lembap. Jelasnya, sekiranya dilihat keupayaan pengeluaran vaksin dunia, Malaysia sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mendapat 0.4 peratus bekalan.

“Tetapi setakat ini, kita hanya dapat 0.2 peratus dan kalau dibandingkan dengan 0.4 peratus yang sepatutnya kita dapat, ia tidak penuhi unjuran kita. Anggaran keperluan vaksin itu tinggi tapi pemberiannya kepada rakyat jauh lebih rendah walaupun kita akui vaksin itu bertambah sekarang. Namun ia tetap lari dari unjuran dan kita ketinggalan di belakang,” katanya.

Mengulas mengenai ujian saringan Covid-19 pula, Anwar menegaskan, ujian harian perlu dipertingkatkan agar negara tahu jumlah sebenar rakyat dijangkiti wabak itu setiap hari.

“Kalau kita lihat jumlah kes positif harian Covid-19, Selangor paling tinggi sebab negeri itu lakukan ujian paling tinggi. Penyelesaian bagi masalah penularan virus ini adalah vaksin tapi sebab kelembapan (pemerolehan) vaksin, kita kena tingkatkan ujian,” katanya

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*