Mat Sabu Akui Sedih Mandat Rakyat Pilihanraya Tidak Dipulang Semula Kepada PH

Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, namun meluahkan rasa kecil hati berhubung pelantikan itu. Beliau meluahkan rasa kecil hati kerana parti yang mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.

“Saya mengalu-alukan pelantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, keadaan yang berlaku ketika ini mungkin rakyat melihat proses pilihan raya itu telah menjadi sia sia.

“Oleh itu proses ‘Parliamentary Democracy’ di Malaysia perlu diperteguhkan semula. Beri keyakinan kepada rakyat agar ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang.

“Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan. Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” katanya.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*