Muhyiddin Yassin Tiba Di Istana Negara Sambil Mengangkat Tangan Melambai Dengan Wajah Ceria

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang membawa Perdana Menteri dengan iringan polis memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu satu pada jam 12.23 tengah hari.

Beliau turut melambaikan tangan kepada kira-kira 100 petugas media yang membuat liputan. Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya. Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Istana Negara. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. Muhyiddin dijadualkan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas sesi menghadap Seri Paduka.

kredit berita harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*