Mula-Mula Netizen Tidak Layan, Tetapi Lelaki Ini Ada Di Masa Hadapan Dakwa 2027 Bumi Dipenuhi Makhluk Asing

BARCELONA, SEPANYOL – Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dia berada pada tahun 2027 mendedahkan sebuah video yang menunjukkan keadaan lengang pusat bandar Barcelona disebabkan ‘malapetaka yang amat dahsyat’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Javier, yang mempunyai sehingga 6.5 juta pengikut di akaun TikTok @unicosobreviviente mendakwa bahawa makhluk asing akan menakluki dunia dalam masa terdekat, sekali gus mengakibatkan ramai umat manusia pupus.

Dia yang dikatakan berada pada tahun 2027 mendakwa masih hidup dan mempunyai sambungan internet untuk berkongsi video tersebut dengan para pengikutnya.

Menerusi video yang didakwa dirakam di Barcelona, jalan-jalan raya dilihat lengang selain bangunan-bangunan turut kosong.

Meskipun terdapat kenderaan-kenderaan yang diparkir di tepi jalan dan burung-burung turut terbang, tiada seorang pun manusia dilihat berada di dalam video itu.

Walaupun terdapat sebilangan pengikutnya yang percaya akan ketulenan video tersebut, terdapat juga yang mempersoalkan keasliannya dengan mendakwa bahawa video itu berkemungkinan dirakam ketika pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.

Video itu setakat ini telah menerima lebih dua juta tontonan dengan beribu-ribu komen daripada netizen.

“Cuba anda lakukan penstriman langsung di sebuah kawasan yang kebiasannya sesak dengan orang ramai untuk membuktikan bahawa anda benar-benar berada pada tahun 2027,” kata seorang pengguna. Dari mana anda mendapatkan sambungan internet?” soal seorang netizen. – Agensi

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*