Netizen Dapat “Tangkap” Shuk Dengan Wanita, Isteri Nafi Itu Dia “2 Mangkuk Ni Memang Tak Akan Mengaku”

Belum habis lagi rupanya kisah kecurangan yang didakwa dilakukan oleh selebriti terkenal Shuk Sahar bersama wanita yang dikenali sebagai Farah.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Kali ini, menerusi posting yang dibuat isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera di InstaStory wanita itu dilihat seakan meluahkan rasa geram dengan suaminya serta skandal selebriti terbabit.

  • Ada yang mengadu nampak Shuk dengan Farah

Dalam perkongsian tersebut, Sera telah memuat naik beberapa tangkapan layar perbualan dengan warganet yang ‘melaporkan’ keberadaan suaminya bersama kekasih gelap menerusi direct message (DM).

  • Tak segan pun jalan berdua

Tak hanya itu, ada juga warganet yang mendakwa terserempak dengan pelawak berkenaan bersama Farah sambil bergambar dengan peminat tanpa rasa segan berjalan berdua.

Walau bagaimanapun, reaksi Sera seakan sudah lali dan sempat memerli mengatakan mereka hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan hakikat sebenar ramai yang sudah lihat.

  • Lepasni rakam & ambil gambar biar jadi bukti

Sera juga memaklumkan bahawa sesiapa yang dilihat bersama dengan suaminya itu bukanlah dirinya kerana dia sama sekali tidak bersama dengan pelawak berkenaan ketika ini.

Jadi, isteri kepada Shuk Sahar meminta orang ramai yang melihat atau terserempak dengan mereka berdua supaya merakam video dan mengambil gambar sebagai bukti kerana Shuk serta kekasih gelapnya pasti tidak akan mengaku berkenaan dengan hubungan mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Shuk Sahar telah terpalit dengan pelbagai kontroversi berkenaan rumah tangganya.

Beberapa kontroversi lain yang menghambat selebriti itu juga membuatkan ramai pihak mulai jelak dengan tindakannya yang tetap tidak berubah sehingga teruk di kecam di media sosial

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*