Dakwa Ikan Tersenyum Gembira Bila Digeletek, Netizen Kecam Nelayan “Dia Buat Ikan Tertek4n”

Seorang nelayan 4merika Sy4rikat yang memuat naik video dirinya menggeletek seekor ikan di TikTok baru-baru ini dikecam netizen kerana menyebabkan ikan itu berada dalam keadaan tertekan, Jeffrey Dader, 29, keluar bekerja untuk menangkap udang karang di Cape Cod Bay, tanpa sengaja telah menangkap seekor ikan bersama-sama udang karangnya.

Dia kemudian memuat naik video bertajuk ‘Bagaimana cara untuk menggeletek ikan’ sebelum memakai sarung tangan tebal dan menggeletek ikan itu. Dalam video tersebut, kelihatan mulut ikan itu membentuk seperti senyuman namun penonton yang berang dengan tindakan Dader berkata ikan itu sebenarnya sedang terkapai-kapai untuk bernafas.

“Ia menceriakan hari saya. Ikan tersebut mempunyai wajah yang gembira dan kelihatan seperti seorang bayi. Selepas saya menggeleteknya, saya melepaskan semula ikan itu ke dalam laut,” kata Dader. Video tersebut sudah ditonton sehingga 114 juta kali dengan 13 juta tanda suka.

Pengkritik berkata dua titik yang nampak seperti mata ikan itu sebenarnya merupakan lubang hidungnya dan di bawahnya pula adalah insang ikan itu.

“Ini sangat tidak berperikemanusiaan. Sangat menyedihkan apabila haiwan dilayan begini hanya untuk mendapatkan jumlah tontonan dan sukaan yang banyak,” tulis seorang netizen. “Jelas kelihatan bahawa ikan itu sedang tertekan,” tulis seorang lagi netizen. Dader bagaimanapun berkata bahawa dia tidak menyakitkan ikan tersebut dan melepaskannya semula ke dalam laut.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*