Netizen Makin Menyampah Iqbal Tunjuk Video Sepak-Sepak Helaian Wang Beribu Ringgit

Baru saja lagu Ahmad Iqbal Zulkelfi berjudul Hujan sohor kini di kedudukan nombor satu di YouTube Malaysia, sudah ada cakap-cakap tidak enak mengenai usahawan itu di media sosial.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Menjengah ke ruang komen Instagram individu yang sering dikaitkan dengan usahawan Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida itu, didapati segelintir netizen mengkritik dan mengecam tindakannya yang memijak sejumlah wang RM50 yang bertaburan di lantai.

Warga maya antaranya berkata, mereka hampa dengan perbuatan Iqbal itu serta menyifatkan perbuatan dipamerkannya sebagai angkuh.

“Baru nak sokong lagu baru tu tapi bila tengok video sepak-sepak duit, terus jadi tak suka. Riak sungguh,” kata seorang netizen. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wang kertas tersebut adalah asli atau palsu.

Untuk rekod, semalam Iqbal membuktikan keseriusannya berkecimpung dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.

Video yang mula tular di aplikasi TikTok itu muncul selepas penyanyi Ariff Bahran berkongsi rakaman memaparkan bekas pembantu peribadi Vida itu sedang menjalani penggambaran di sebuah lokasi.

“Ya Allah, banyaknya duit berterabur ni. Iqbal, kutip semula duit kau. Banyaknya, dipijak-pijaknya duit,” tegur Ariff kepada Iqbal dalam video tersebut. Bagaimanapun, Iqbal tidak memberi sebarang respons sebaliknya terus menyeret serta memijak wang di lantai.

Video itu turut mengundang perhatian pelakon Aeril Zafrel, yang meninggalkan komen berbaur sinis terhadap aksi tersebut.

“Aku duit 10 sen pun tak berani nak langkah,” katanya. Nama Iqbal tidak asing lagi selepas dia mengundang perhatian ekoran hubungan cintanya dengan Vida yang didakwa terputus di tengah jalan.

Sementara itu, Iqbal hanya membalas ringkas pada komen yang mengecam tindakannya yang disifatkan ramai tidak menghormati rezeki.

“Oh yang ini viral di Tiktok ya? Jangan silap faham dulu. Saya tidak tahu video tu dirakam. Nanti saya jelaskan ya. Jangan risau saya tahu batas menghargai rezeki,” katanya.

kredit Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*