Pawagam Akan Dibuka Tapi Ada Syaratnya, Berita Baik Bukan Sahaja Wayang Akan Beroperasi

Berita baik buat mereka yang gemar menonton wayang di pawagam kerana bermula Khamis ini, 9 September 2021, kerajaan akhirnya membenarkan aktiviti tersebut dibawah prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kelonggaran itu adalah antara satu daripada beberapa perkara yang dipersetujui dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan, indoor busking dan persembahan di lounge hotel. Syarat lengkap vaksinasi juga terpakai untuk penonton yang hadir ke pawagam.

Selain itu, pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman mahupun siaran langsung juga dibenarkan, sama ada berbentuk penyampaian maklumat mahupun hiburan dengan kapasiti 30 peratus di ruang studio.

“Selain itu ialah penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio serta aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

“Juga dibenarkan ialah aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni secara janji temu dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis,” katanya dalam satu kenyataan.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*