Connect with us

Luahan

Peguam Puan Suharnizan Telah Buka Fail, Selain Tuntutan S4MAN Sebanyak 2 Juta, Ini Antara Tuntutan yg Dikenakan

Published

on

Peguam Puan Suharnizan Telah Buka Fail, Selain Tuntutan S4MAN Sebanyak 2 Juta, Ini Antara Tuntutan yg Dikenakan

MALAYSIA: Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Itu dilakukan kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan

Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi.

Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming).

Serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat ‘live’ di FB.

Selepas teruuk di keecam oleh pelbagai pihak, akhirnya Eira mula menyedari kesilapan dan mengeluarkan kenyataan ini

Assalamualaikum.

“Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira.

Ini di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat.

Iaitu (Body Sha-ming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH.

Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah.

Ini sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati.

Dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira

Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira.

Tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira.

Sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira.

Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua.

Ini membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira.

Ini dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan.

Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.

Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Kontrak Duta Bersama Klubna Laleh Dibatalkan

Mengikut status terbaru dari jenama produk Klubna Lelah yang sedang di promosi oleh seorang influencer,

pihak mereka telah menamatkan kontrak selaku duta produk dengan serta merta

“Checkmate untuk influencer terkenal”

Puan Suharnizan sudah serahkan kes kepada peguam.

Menurut perkongsian dari peguam Nor Zabetha, tindakan samann bakal di ambil terhadap Eira kerana pengh1naan melampau

Peguam Tampil Huraikan Kes

Menerusi video yang tular, jelas kedengaran suara pemilik restoran yang memberi teguran dengan suara yang kuat.

Ini melarang wanita berkenaan membuat reviu di premisnya.

Pagi ini Eira telah tampil dengan anaknya tampil dalam satu video permohonan maaf.

Walaubagaimanapun, menurut peguam ini, tindakan sam4an dari Puan Suharnizan akan tetap di teruskan

Berikut perkongsian terkini dari peguam

Saman 2 Juta Dikemukakan

Di beritakan oleh kawan nya, Puan Suharnizan ni telah filekan Saman malu sebanyak 2 JUTA.

Kepada orang yang menghina dia sesuka hati tanpa rasa bersalah. Kita tengok sejauh mana dia berdepan dengan saman ni.

Memang patut pun dia di saman sebab mulut dia terlampau puaka

Xtahu apa yang dia akan gadai ni nanti

Ingat guys!!! Jangan suka-suka body shaming orang lain. Itu adalah JENAYAH!

“Semalam saya mesej Puan Suharnizan, mngsa viral oleh seorang duta produk.

Saya tawarkan untuk hulurkan bantuan secara mewakili kesnya di mahkamah.

Keterlaluan sangat kata-kata makian terhadapnya. Kali ini, kita mesti ajar. Ajar untuk saman di mahkamah.

Ajar untuk tuntut ganti rugi sebanyak mungkin. Ajar tentang adab dan budi bahasa.

Ajar supaya lebih tahu merendah diri selepas ini.

Saya pantang lihat orang dibuli. Memang saya jadi marah.

Ini adalah perbuatan booli.

Kerana galakkan inilah lawak Body Sha-ming makin menjadi-jadi.

Kerana itu juga, remaja-remaja atau peminat-peminat yang menjadikan pelawak-pelawak ini sebagai idola.

Mengikuti gaya lawak ini dengan membahan teman-teman disekeliling dan tambah teruk apabila ada galakkan dari orang keliling.

Body Sha-ming bukan jenaka. Body Sha-ming adalah penghinaan dan pembulian dan salah di sisi undang-undang!

Selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia anda boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a), Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Ini kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll iaitu dengan mengeluarkan komen apa-apa komen berbentuk lvcah.

Sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugvt atau mengganggu orang lain.

Hukumannya danda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.” Kata Nor Zabetha

Puan Suharnizan kerja di Pesuruhjaya Sumpah.Kenal ramai peguam

“Sewaktu saya mesej, saya semak juga profil Puan Suharnizan.

Saya lihat antara profesion yang disenaraikan oleh Puan Suharnizan adalah Pesuruhjaya Sumpah.

Pesuruhjaya Sumpah ini memang banyak berurusan dengan peguam. Pasti dia kenal mana-mana peguam yang dia selesa.

Tambah pula profilnya ditulis di Johor. Saya pula di Gombak. Jauh. Barangkali tawaran saya akan ditolak.

Tapi tak apa. Saya cuba juga. Saya mesej dan saya nyatakan hasrat untuk membantu dan mewakili kerana saya rasakan perbuatan body sha-ming.

Dan menjatuhkan reputasi terhadapnya dan keluarga oleh pengasas produk itu teramat keterlaluan.

Bukan alasan untuk membuuli walapun kaya

“Jadi dalam kes Puan Suharnizan ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.

Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera.

Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan Surhanizan.

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya.

Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi.

Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Peguam telah dilantik

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam.

Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team.

Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Luahan

Saya Tak Sanggup Untuk Dimadukan Tapi Saya Lebih Tak Sanggup Nak Beranak

Published

on

Saya Tak Sanggup Untuk Dimadukan Tapi Saya Lebih Tak Sanggup Nak Beranak

Salam sis.. Boleh post tak. Hi. Saya seorang ibu berusia 28 tahun sekarang dan ada anak seorang berusia 4 tahun. Lelaki. Setelah melahirkan anak saya tu saya bernekad tidak mahu anak lagi. Kerana trauma dan kesakitan. Saya bersalin normal. Saya sudah Bagitahu suami dan orang orang sekeliling saya yang saya tidak mahu anak lagi. Masa anak saya berusia 8 bulan..

Saya sering Bagithu suami sejak dari saya bersalin sampailah 4 tahun umur anak yang saya tidak mahu beranak lagi. Pada awal awal suami setuju. Lama lama sampai 4 tahun dan hampir 5 suami macam seperti bagi hint supaya ada anak lagi. Saya mengerti hint nya dan bagitahu saya tidak mahu beranak lagi. Berdosakah saya? .

Saya tidak sanggup beranak dan menjaga baby yang kecil lagi. Untuk pengetahuan suami saya banyak membantu saya dalam pantang dan membuat kerja rumah sampai sekarang sampaikan markah boleh bagi A dalam bab membantu tapi saya tetap tidak mahu beranak. Saya perit. Saya tidak sanggup nak beranak. Nak berjaga malam. Saya memang tidak bekerja . Ini semua bukan sebab suami ke apa. Tapi tekad diri saya sendiri. Saya perit.

Saya menyatakan pada suami kalau dia mahu anak lagi. Saya izinkan dia nikah lain. Memang saya tak sanggup dimadukan. Tapi saya lebih tak sanggup nak beranak. Suami saya gaji agak besar juga dan saya rasa dia boleh berpoligami. Ini bukan masalah kewangan, atau masalah lain. Masalah nya adalah saya yang tidak mahu beranak kerana sakit . Sampai sekarang saya masih teringat sakit tu. Dah hilang sakit cume terbayang bayang.

Orang kata pergi berjumpa kaunselor sebab mungkin trauma. Tapi saya tahu kalau jumpa kaunselor pon mana mana yang beranak tetap sakit. Digunting diseluk berkali kali. Dicek. Saya gerun. Saya bersalin swasta. Memang okay tempat bersalin. Tapi sekarang ni masalah saya sahaja. Ada ke orang yang sama dengan saya?.aapa yang patut saya buat sekarang. Saya rasa sudah cukup seorang. Tolong lah bagi pandangan tak kira membina atau tidak.

Continue Reading

Luahan

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Published

on

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Assalamualaikum hai admin. Saya salah seorang isteri yang selalu msj kawan2 lelaki dia media social. Saya sunyi sungguh. suami saya langsung tak peduli. tak pernah ambil tahu pasal saya. lagi pula kami sekarang pjj. sepatutnya pjj ni dapat lagi mengeratkn hubungan kta bila berjumpa tapi bila berjumpa saya boleh rasa kasih sayang kami dah tak macam dulu lagi.

sekarang anak2 semua dengan suami. dulu penah pjj anak2 dengan saya dan suami penah kantoi ada perempuan lain. sejak dari hari tu perasaan tu dah lain sampai la sekarang. saya nak berpisah tapi fikirkan anak2. suami dah berjanji dia akan berubah. dan saya nampak semua tu tapi perasaan kasih sayang dalam rumah tangga antara kami macam kekurangan sesuatu.

saya cuba nak sayang balik tapi dah tak ade perasaan tu. dia nak berubah tetapi perangai baran dia tetap tak boleh berubah. ego dia terlampau tinggi. mungkin sebab tu saya dah tak boleh nak rasa sayang dalam rumah tangga kami. saya msj lelaki laen di media sosial hanya nak ilangkn rasa bosan. tak semua lelaki jahat kat media social. ada yang boleh buat kawan bagi nasihat bagi semangat dan kongsi ilmu agama.

Saya dah kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan. Memang la orang kat lelaki buaye tunggu mangsa je tapi saya cuma nak rasa care tu je tak adela sampai feeling jatuh cinta. Cuma jatuh cinta dengan cara dorang sebagai suami handle kuarga jalankan tanggungjawab bimbing kuarga. Kadang jadi sumber inspirasi untuk saya buat bnda yang sama pada kuarga saya..

Tapi itula bila kata nak ubah sesuatu tanpa dorongan kita sendri akan rasa down. Betul kan? saya cuba nak pulih balik hubungam suami isteri tapi macam saya sorang je berusaha untuk ke arah tu. Berapa kali dah cuba tapi tetap keputusan yang sama sampai saya sndri dah pasrah. Hanya ikut perancgan Allah. Follow je apa nak jadi esok, lusa, tulat. tak ade dah nak plan pape. Tapi saya bertahan sebab anak2.

Sepatutnya kalau pjj ni kita akan rasa kasih sayang tu akan erat lg kan. Tapi tak untuk saya dengan suami. untuk wasap bertnya kabar, makan apa hari ni jauh sekali nak tanya. tel bila dia perlu sesuatu. Saya akan tel 3 kali sehari untuk anak2. kadang2 vc pun susah untuk dia bercakap dengan saya. tak apelah sekarang2nya saya call nak tengok keadaan anak2.

Saya cuma nak nasihat untuk suami sekalian jangan la awak2 semua abaikn isteri awak semua. Kawen berapa lama pun isteri tetap nak perhatian dari somi. Sape lagi dia nak perhatian kalau bukan somi sendri? perempuan atau isteri ni dia bukan minta banyak pun kalau hari2 wasap tanya buat apa dah sarapan ke, makan tengah hari dah ke. Lauk apa makan. ws hari2 benda yang sama pun dah cukup buat dia rasa dia la paling bertuah kat dunia ni sebab ada orang care pasal dia.

Bukan nya perlu janji bulan dan bintang. Perempuan kan complicated haahah..
Tp ws sesimple tu dah boleh buat dia tersenyum sepanjang hari. Bukan semua perempuan curang hanya sebab dok mesej lelaki di media social. Memang tak elok untuk sesebuah hubunga tapi perlu pandai pilih berkawan. Tu bagi sayaa tp orang len saya tak pasti.

Saya mnta maaf pasal tu. Saya tahu ada yang akan kecam pasni. Suruh perhatikan suami masing2 kan hahah. Jangan la salahkn isteri bila isteri chat kt media social tapi sebagai suami perhati balik apa yang kurang dalam hub somo isteri. Isteri kalau lengkap ajaran yang somi ajar dia tak akan buat semua tu. Dapat somi yang ada tsnggjawab, tahu hukum bimbing isteri insayaaAllah bahagia smua tu

Saya tulis smua ni sebab saya yang sendiri yang pikul tanggungjawab tu sebab tu saya rasa saya perlu di sayangi saya perlu perhatian tapi saya takdpt semua tu. Saya di lepaskan sendri selepas saya boleh berdikari jalankan tanggungjawab semua tu. Saya berkawan bukan niat nak rampas suami orang tapi saya cuma berbual kosong bagi semangat pada saya untuk terus bersabar.

Kuat hadapi ujian ni. Tak semua lelaki kt media social jahat. Tolong hargai isteri awak2 semua. Tolong ingat balik pergorbanan yang isteri awak2 smua lakukan untuk kuarga untuk awak sebagai somi. Kalau dapat isteri yang pandai berdikari jangan la lepaskn tangan. Hargai mereka sanjungi mereka. Bukan minta emas setinggi tgu tapi cukup la perhatian.

Ada bila isteri nak luah masalah tolong jadi pendengar walau tak dapat selesai masalah. Janganla bebanakn isteri melebihi dari diri mereka sndri. Isteri takkan mengeluh demi somi tercinta tapi apabila isteri dah menolong jangan la suami lepaskan tangan pulak. Tolong hargai isteri awak2 smua. merajuk isteri makan masa lama.

Continue Reading

Luahan

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Published

on

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka. Tidak hanya itu, anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita. Namun, tahukan suami disaat-saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke dunia ini seperti apa? Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkannya. Kepada suami yang akan menimang cahaya mata, anda patut menemani isteri anda ketika bersalin kerana banyak kebaikkan yang akan diperoleh.

Antara Kebaikan Apabila Suami Teman Isteri Bersalin

1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang ketika isteri sudah sakit ingin bersalin.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri

Apabila melihat betapa susahnya isteri bersalin anak untuk zuriat, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu ketika isteri ingin bersalin dengan cara:

  • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya.
  • Memberi kata-kate semangat untuk isteri.
  • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
  • Mengelap muka isteri apabila berpeluh.
    Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Continue Reading

Trending