“Pelan Pemulihan Negara Akan Gagal Sekiranya UMNO Nekad Keluar Dari Kerajaan PN 1 Ogos”

Pelan Pemulihan Negara yang dirangka bagi mendepani krisis pandemik Covid-19 berisiko musnah jika ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas 1 Ogos hadapan. Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya UMNO memuktamadkan arahan ahli-ahli Parlimennya untuk keluar daripada kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya tiada pilihan lain selain terpaksa memohon perkenan pembubaran Parlimen daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, hal ini kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap sudah tiada majoriti sokongan ahli Parlimen susulan bilangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong kerajaan ketika ini berjumlah 35 daripada keseluruhan 38 orang.

Untuk rekod, tiga ahli Parlimen UMNO sudah menarik sokongan terhadap kerajaan PN secara terbuka sebelum ini ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Jelas Ahmad Atory, keputusan itu juga akan memberi implikasi besar kepada masa hadapan UMNO sekiranya direalisasikan kerana tumpuan rakyat pastinya terarah kepada persoalan bentuk kerajaan baharu atau siapa bakal Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin kelak.

“Pada saat kritikal ini, keputusan melaksanakan PRU15 pada saat pandemik mungkin bukan opsyen terbaik untuk dipenuhi Yang di-Pertuan Agong kerana kita tidak mahu kesan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu berulang.

“Lebih membimbangkan, Pelan Pemulihan Negara yang sudah dirangka sebagai ‘exit strategy’ bagi menyelesaikan tri-krisis meliputi politik, ekonomi dan kesihatan mungkin berisiko gagal direalisasikan sekiranya politik perebutan kuasa masih berjalan.

“Tindakan UMNO itu, sekiranya direalisasikan, bakal memberi persepsi negatif untuk jangka masa panjang dalam kalangan rakyat, seolah-olah parti itu masih meletakkan kepentingan politik mendahului kepentingan rakyat pada saat krisis,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*