Pelukis Karikatur Nabi Muhammada SAW Meninggal Dalam Nahas Kemalangan

Seorang kartunis kontroversi dari Sweden, yang pernah mencetuskan kemarahan umat islam selepas melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada hari Ahad tengahari.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Lars Vilks, 75 ketika kejadian difahamkan sedang menaiki sebuah kereta peronda polis sambil diiringi dua polis pengiring sebelum kenderaan berkenaan bertembung dengan sebuah trak di pinggir bandar Markayrd, selatan Sweden.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua anggota polis yang mengiringnya turut terkorban manakala pemandu trak berkenaan yang mengalalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Vilks, mula hidup di bawah perlindungan polis 14 tahun lalu selepas berdepan pelbagai ugutan bunuh ekoran dari kerja seninya itu yang menimbulkan kontroversi.

Difahamkan pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung senarai mangsa dalam nahas berkenaan namun pasangan Vilks sudah pun mengesahkan kematiannya kepada satu akhbar tempatan, Dagens Nyheter lapor BBC.

Malah polis masih lagi menyiasat dan belum mengetahui punca perlanggaran. Siasatan awal bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang penglibatan orang luar.

Vilks dan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A,W yang diterbitkannya pada tahun 2007 nyata menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dia dibarat sengaja menghina Rasulullah.

Malah ia turut membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin islam di seluruh dunia. Insiden tersebut turut memaksa Perdana Menteri Sweden pada waktu itu Fredrik Reinfeldt, untuk bertemu lebih 22 duta besar dari negara-negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.

Bukan itu sahaja kumpulan Al-Qaeda kemudiannya turut menawarkan ganjaran AS$100,000 atau RM417,000 bagi sesiapa yang dapat membunuhnya.

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*