Pemancing Rakam Video Tunjuk Lagak Beri Jerung Minum Arak Dikecam

Miami: Tiga pemancing dikritik kerana memberikan minuman keras kepada seekor jerung dan merakam perbuatan berkenaan. Kejadian di sebuah pantai di Florida itu kemudiannya dimuat naik ke dalam TikTok baru-baru ini. Menerusi rakaman itu, seorang lelaki dilihat memegang hidung ikan jerung sehingga terbuka mulut haiwan berkenaan. Seorang lagi rakannya kemudian dilihat menuang satu tin minuman keras ke dalam mulut ikan jerung.

Ikan itu bagaimanapun menggelepar dan cuba untuk bernafas sebaik minuman keras itu dituang ke dalam mulutnya. Video kekejaman itu dimuat naik di aplikasi sosial terkenal itu dan mendapat kritikan ramai.

Pencinta haiwan mengecam tindakan itu yang dipercayai dilakukan sekumpulan pemancing, lapor The Sun. Pemancing itu bagaimanapun seakan tidak berasa bersalah dan sempat ketawa melihat respon ikan jerung itu apabila diberikan minuman keras.

Seramai 62,000 orang sudah menonton video berkenaan dengan majoritinya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Jerung itu sedang didera dan ia cuba untuk berhafas,” kata netizen. Seorang lagi netizen berkata, menjadi kesalahan membawa keluar ikan jerung ke pantai. “Ini sesuatu yang salah dan merakam pula video jenayah yang anda lakukan,” katanya.

kredit harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*