Pemilik Cemas Gara-Gara Gajah Kerap Sondol Rumahnya Sampai Berlubang Cari Makan

Seorang lelaki di Thailand membuat luahan perasaan di laman Facebook apabila rumahnya di wilayah Hua Hin dikunjungi gajah liar mencari makan setiap hari, lapor akhbar The Nation, semalam.Rachadawan Phungprasopporn, berkata kali terakhir kejadian itu berlaku, seekor gajah dewasa menyondol dinding dapurnya sehingga berlubang ketika sedang mencari makanan di kawasan sekitar.

Susulan aduan itu yang menjadi tular di media sosial, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan dan agensi kerajaan lain di wilayah tersebut sedang mengadakan perbincangan mengenai pampasan pemilik rumah atas kerosakan yang berlaku.

“Sebagai permulaan, agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa secepat mungkin,” kata jabatan itu. Lubang yang terbentuk di dapur seorang pemilik rumah akibat disondol gajah liar. – The Nation Jabatan itu menambah bahawa pegawai telah memberi kesedaran mengenai cara-cara mencegah bahaya dari serangan gajah liar di daerah tersebut

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*