Pengkaji Makhluk Asing Dedah Tempat Yang Bertanda Hijau Sebagai Laluan Makhluk Asing

Pengguna internet percaya mereka telah menjumpai satu laluan ke planet makhluk asing menerusi peta Google, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Penemuan itu dibuat oleh seorang peminat peta Google yang menemui satu ‘titik hijau’ di tengah-tengah sebuah padang pasir di Peru.

‘Titik’ itu muncul berdekatan tapak arkeologi Garisan Nazca yang merupakan geoglif pra Columbia yang terukir di padang pasir dan menempatkan koleksi 300 figura berbeza termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan bertarikh antara 500 Sebelum Masihi (SM) dan 500 Anno Domini (AD). Pengarang dari Switzerland, Erich von Daniken dalam bukunya bertajuk Chariots of God menulis Garisan Nazca merupakan landasan lapangan terbang kuno yang digunakan oleh kapal angkasa makhluk asing. Pengguna internet menganggap titik itu ada kaitan dengan kewujudan makhluk asing.

“Peru juga mempunyai piramid kuno dan mungkin makhluk asing sama yang membina piramid di Mesir,” tulis seorang pengguna internet. Tahniah, manusia. Anda telah menjumpai laluan ke dunia kami,” tulis seorang lagi. Seorang pengguna lain bagaimanapun memberi penjelasan lain berkenaan titik hijau itu.

“Mungkin seseorang sedang menyalakan laser hijau yang terang ke arah pesawat yang merakam imej itu. Namun, mustahil untuk seseorang berbuat begitu di padang pasir tersebut. Satu lagi kemungkinan adalah terdapat sesuatu yang memancar di bawah itu memantulkan matahari kepada kamera,” katanya.

Penemuan itu bukan penemuan pertama di peta Google yang disangka sebagai makhluk asing oleh pengguna aplikasi itu.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*